Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Unpacked 9 Julai_3

Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung 9 Julai – Ini Yang Boleh Dijangka

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 24, 2025 oleh Amalina Athman

Samsung kini mengesahkan acara Galaxy Unpacked seterusnya bakal berlangsung pada 9 Julai 2025, bertempat di New York.

Tahun ini, Samsung tampil dengan tema “The Ultra Experience is Ready to Unfold“, jelas memberi bayangan peranti boleh lipat versi Ultra yang hangat diperkatakan sebelum ini bakal diumumkan secara rasmi.

Jika ikut kebiasaan setiap tahun, acara kali ini dijangka akan memperkenalkan beberapa produk utama, termasuk Galaxy Z Fold 7, Galaxy Z Flip 7 dan Galaxy Watch 8. Melihat kepada teaser rasmi, peranti lipat tahun ini akan hadir dengan rekaan lebih nipis.

Selain itu, Samsung juga dijangka memberi tumpuan kepada keupayaan Gemini Live serta ciri AI yang bakal menjadi tarikan pada peranti baharu nanti.

Seperti biasa, pengguna seluruh dunia boleh tonton siaran langsung acara ini melalui laman rasmi Samsung dan saluran YouTube pada 9 Julai 2025, jam 10.00 malam MYT.

Daftar minat juga telah dibuka mulai sekarang, dengan baucar RM50 akan diberikan untuk prapesan peranti Galaxy terbaru. Pengguna yang mendaftar minat juga layak membuat pembelian baucar Samsung Reservation+ dengan bayaran RM10, dan akan menerima kod baucar bernilai RM210.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Samsung Sahkan Kehadiran Telefon Lipat Versi "Ultra"
  • Samsung Bawa Platform Beli-Belah AI Generatif Ke Galaxy – Tukar Gaya, Beli Terus Dari 'Lockscreen'
  • Exynos 2500 Diumum, Cip 3nm Pertama Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY