Apple mungkin telah membatalkan rancangan untuk menggunakan lapisan paparan anti-pantulan lebih tahan calar pada iPhone 17 Pro, menurut laporan MacRumors yang memetik sumber terdekat. Sebagai rujukan, pada Mac tahun lalu, peniris Instant Digital pernah mendedahkan bahawa Apple sedang membangunkan lapisan paparan baharu yang bukan sahaja anti-pantulan, malah lebih tahan calar berbanding Ceramic Shield. Sejak itu,…

ChatGPT Kini Boleh Bantu Cari Dan Beli Produk, ‘Shopping’ Jadi Semudah Berbual
OpenAI kini mengumumkan satu ciri baharu dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna mencari, membandingkan, dan membeli produk terus melalui perbualan. Ciri ini sekali gus mengukuhkan ChatGPT terhadap dominasi pasaran carian Google, yang kini berdepan tekanan berkaitan isu monopoli. Melalui fungsi baharu ini, pengguna hanya perlu berbual dengan ChatGPT untuk mencari produk yang diinginkan, tanpa perlu menatal…

Pengguna Android Kelak Mungkin Boleh Pulihkan eSIM Melalui Sandaran Data
Kebanyakan peranti andalan Android kini menyokong eSIM, yang lebih praktikal berbanding SIM fizikal. Namun, berbeza dengan SIM fizikal – jika menggunakan eSIM dan telefon rosak, pengguna mungkin akan terperangkap tanpa akses rangkaian, kerana tiada cara mudah untuk memindahkan eSIM dari telefon lama ke telefon baru tanpa bantuan penyedia perkhidmatan. Berita baiknya, Google kini dilaporkan sedang…

Pengurus Microsoft Akui macOS Lebih Baik Daripada Windows 11
Merill Fernando yang merupakan Pengurus Produk di Microsoft, menarik perhatian di media sosial selepas secara terbuka menyatakan beliau lebih suka menggunakan macOS berbanding Windows 11. Walaupun bekerja di Microsoft, Fernando dalam hantaran di X mendedahkan bahawa beliau menggunakan MacBook yang diberikan syarikat untuk kerja serta Mac Studio untuk projek peribadi. https://x.com/merill/status/1914276102358601959 Beliau hanya menggunakan Microsoft…

Akta Perkongsian Data 2025 Bawa Perkhidmatan Awam Lebih Laju Dan Efisien Untuk Rakyat
Akta Perkongsian Data 2025 secara rasmi berkuat kuasa pada 28 April 2025, menandakan langkah penting dalam menyediakan kerangka undang-undang berstruktur bagi perkongsian data yang selamat dan efisien antara kementerian serta agensi kerajaan Persekutuan. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata akta itu mewujudkan proses permohonan data oleh agensi kerajaan Persekutuan, termasuk kaedah pengendalian permohonan. “Jawatankuasa Perkongsian…

CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Pada Harga RM1,199
Seperti yang dijanjikan, Nothing di bawah jenama CMF melancarkan telefon pintar terbaru CMF Phone 2 Pro. Menerusi model ini juga, ia menjadi peranti CMF pertama yang bertaraf “Pro” dengan peningkatan ketara berbanding Phone 1. Hadir dengan Nothing OS 3.2 berasaskan Android 15, CMF Phone 2 Pro dikuasakan cip Dimensity 7300 Pro dengan RAM 8GB dan…