Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Aplikasi Instagram kini mula dipenuhi dengan perkongsian #2018bestnine yang menghimpunkan foto-foto yang mendapat like paling banyak sepanjang tahun ini. Sekiranya anda tidak mahu terlepas untuk berkongsi 9 foto terbaik yang anda muatkan di Instagram, boleh ikuti langkah mudah ini untuk mencipta foto tersebut. Tekan pautan ini –…
Huawei Mate 20 Pro RAM 8GB Dengan Storan 256GB Akan Mula Dijual 22 Disember Ini
Huawei Malaysia hari ini telah mengesahkan kehadiran sebuah lagi variasi baru untuk model Mate 20 Pro. Versi yang dimaksudkan adalah Huawei Mate 20 Pro yang dipertingkatkan dari segi sistem memori iaitu RAM 8GB bersama-sama storan dalaman 256GB. Ia akan mula dijual pada hari Sabtu ini bersamaan 22 Disember 2018 pada harga RM 3999. Huawei menjanjikannya…
Portal Digital Usaha Sama BERNAMA, RTM Dan JAPEN Bakal Diwujudkan
JOHOR BAHRU, 20 Dis (Bernama) — Perkhidmatan digital atau portal digital usaha sama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan bakal diwujudkan dalam usaha menghadapi cabaran media digital masa kini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, ketika mengumumkan perkara itu berkata Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan mempunyai tenaga dan infrastruktur yang boleh dipermodenkan dengan teknologi baru, sekaligus membolehkan ketiga-tiga agensi ini…
163,000 Pengguna VSP Di KL Bantu Banteras Jenayah – Ketua Polis KL
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Seramai 163,000 pengguna telefon pintar mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di Kuala Lumpur setakat ini sebagai langkah membantu polis membanteras jenayah. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata selaras dengan perkembangan teknologi terkini, pengguna dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat terus kepada polis melalui aplikasi ini. “Ini secara tidak…
Polis Bantuan YTL Guna Teknologi Terkini Bantu Kenal Pasti Penjenayah
Polis Kuala Lumpur yakin penggunaan teknologi komputer berasaskan kecerdasan buatan (AI) oleh Pusat Kawalan Polis Bantuan (PB) YTL Corp mampu mengekang jenayah ragut dan samun di sekitar kawasan Bukit Bintang dan Sentul Raya di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata teknologi itu bukan sahaja membolehkan wajah penjenayah dikenal pasti dengan cepat tetapi juga mampu menganalisis persekitaran. “Ia juga mempunyai sistem komunikasi berintegrasi yang membolehkan komunikasi masa sebenar di antara anggota bertugas dan Pusat Kawalan YTL,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat kawalan dan pelancaran PB YTL di sini hari…
Razer Turret Sasarkan Pengguna Xbox One Dengan Sokongan Papan Kekunci & Tetikus Di Ruang Tamu
Razer, sebuah organisasi yang menghasilkan produk-produk elektronik bertemakan gaya hidup telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Razer Turret. Produk ini dihasilkan khusus untuk konsol Xbox One yang menampilkan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar. Razer Turret diharapkan dapat memudahkan pengguna untuk bermain konsol Xbox mereka sambil menggunakan papan kekunci dan tetikus di kawasan ruang tamu….
