Suka dengar muzik atau audio siar (podcast) sambil menyiapkan tugasan? Jika anda seorang pelajar, Spotify menawarkan pelan Premium Student pada harga RM9.50 sebulan. Melalui pelan ini, anda boleh menikmati muzik tanpa gangguan iklan dengan kadar langganan yang lebih berpatutan. Syarat Kelayakan Institusi Terlibat: Pelajar yang berumur 18 tahun keatas dan terbuka kepada semua pelajar yang…
10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
Pelajar sering bergantung kepada chatbot kecerdasan buatan (AI) untuk mencari bahan rujukan, sedangkan AI boleh menghasilkan sumber yang tidak wujud atau maklumat yang tidak tepat. Bagi tugasan dan kertas kerja akademik, lebih selamat merujuk terus kepada pangkalan data ilmiah yang mengindeks jurnal, tesis dan kertas persidangan sebenar. Berikut adalah senarai laman web serta pangkalan data…
Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
Reddit merancang untuk mengubah cara pengguna mengakses platformnya dengan beralih kepada pengalaman yang lebih mengutamakan pengguna yang telah log masuk. Ketua Pegawai Eksekutif Reddit, Steve Huffman, berkata perubahan ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna, memperkukuh perniagaan pengiklanan, menyesuaikan platform dengan peraturan keselamatan serta melindungi data Reddit daripada akses tanpa kebenaran. Menurut Huffman, sebahagian besar akses tanpa…
Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Ramai Pilih Tangguh Pembelian Baharu
Pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan penghantaran sebanyak 20% tahun ke tahun pada suku ketiga 2026, susulan peningkatan harga peranti dan tekanan kos komponen yang semakin tinggi. Menurut laporan firma penyelidikan Omdia, sebanyak 254.7 juta unit telefon pintar dihantar sepanjang tempoh tersebut, menjadikannya jumlah penghantaran terendah bagi suku ketiga sejak 2013. Antara faktor utama yang…
Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
Google memperkenalkan fungsi baharu dalam aplikasi Gemini yang membolehkan pengguna menjana, melihat pratonton dan menyunting pelbagai jenis fail secara terus dalam ruang sembang. Antara jenis fail yang disokong termasuk dokumen, PDF, pembentangan, spreadsheet dan kod. Selepas fail dijana, pengguna boleh membukanya dalam paparan skrin penuh untuk membuat suntingan sendiri. Pengguna juga boleh menandakan (highlight) bahagian…
Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
Google kini memperluas paparan iklan dalam AI Mode ke Malaysia, menjadikan negara ini antara pasaran baharu yang menerima iklan dalam pengalaman carian berasaskan kecerdasan buatan (AI) tersebut. Selain Malaysia, peluasan ini turut melibatkan Australia, Kanada, India, Kenya, New Zealand, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Singapura. Menurut Google, pertanyaan yang dibuat menerusi AI Mode secara purata tiga…
