Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image_fx (11)

Pengurus Microsoft Akui macOS Lebih Baik Daripada Windows 11

Diterbitkan April 29, 2025 ยท Dikemas kini April 29, 2025 oleh ariff bukhari

Merill Fernando yang merupakan Pengurus Produk di Microsoft, menarik perhatian di media sosial selepas secara terbuka menyatakan beliau lebih suka menggunakan macOS berbanding Windows 11.

Walaupun bekerja di Microsoft, Fernando dalam hantaran di X mendedahkan bahawa beliau menggunakan MacBook yang diberikan syarikat untuk kerja serta Mac Studio untuk projek peribadi.

https://x.com/merill/status/1914276102358601959

Beliau hanya menggunakan Microsoft melalui aplikasi Windows untuk macOS dan Parallels untuk mesin maya yang membolehkannya kekal produktif di macOS.

Antara alat produktiviti utamanya ialah Raycast, yang memudahkan pertukaran aplikasi seperti Teams, Outlook, dan VSCode.

Beliau juga menggunakan pelayar Microsoft Edge untuk kerja dan Arc untuk kegunaan peribadi, dengan akses Terminal melalui Ghostty.

https://x.com/merill/status/1914280356813131951

Pengakuan terbuka beliau itu sekali gus mencerminkan kelebihan macOS dalam aspek kemudahan penggunaan dan produktiviti, yang menurutnya Windows 11 masih belum mampu tandingi.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Pada Harga RM1,199
  • Akta Perkongsian Data 2025 Bawa Perkhidmatan Awam Lebih Laju Dan Efisien Untuk Rakyat

Sumber: The Mac Observer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY