Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akta Perkongsian Data 2025 Bawa Perkhidmatan Awam Lebih Laju Dan Efisien Untuk Rakyat

Akta Perkongsian Data 2025 Bawa Perkhidmatan Awam Lebih Laju Dan Efisien Untuk Rakyat

Diterbitkan April 29, 2025 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

Akta Perkongsian Data 2025 secara rasmi berkuat kuasa pada 28 April 2025, menandakan langkah penting dalam menyediakan kerangka undang-undang berstruktur bagi perkongsian data yang selamat dan efisien antara kementerian serta agensi kerajaan Persekutuan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata akta itu mewujudkan proses permohonan data oleh agensi kerajaan Persekutuan, termasuk kaedah pengendalian permohonan.

“Jawatankuasa Perkongsian Data Kebangsaan akan menjalankan penilaian ketat ke atas setiap permohonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam akta ini – dalam menentukan sama ada data yang dimohon boleh dikongsi atau tidak. Pendekatan ini menggalakkan akauntabiliti serta memastikan data peribadi kekal terpelihara.”

Beliau menambah, penguatkuasaan akta ini dijangka mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dengan membolehkan jabatan kerajaan berkongsi dan mengakses data secara masa nyata.

Gobind turut menekankan kepentingan data dalam pembangunan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), terutamanya dalam membangunkan aplikasi untuk pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, pertanian, dan perancangan bandar, sekali gus menghasilkan penyelesaian yang inovatif dan praktikal.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan negeri memperkenalkan undang-undang serupa bagi memudahkan perkongsian data antara kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Pada masa sama, usaha turut digerakkan untuk melibatkan pihak industri bagi merangka mekanisme yang membolehkan perkongsian data antara kerajaan dan sektor swasta.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kementerian Digital Bakal Perkenal Sistem Perisikan Pantau Aktiviti Jual Data Peribadi
  • Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%
  • Syarikat Ini Buat 'Bateri Nuklear' Untuk Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY