Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
95% Pengguna China Bakal Beralih Dari iPhone Jika WeChat Dibuang Dari App Store

95% Pengguna China Bakal Beralih Dari iPhone Jika WeChat Dibuang Dari App Store

Diterbitkan Ogos 14, 2020 oleh Amalina Athman

Berikutan perintah eksklusif yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, sebarang transaksi dengan syarikat induk aplikasi WeChat iaitu Tencent bakal disekat berkuatkuasa 20 September ini.

Masih belum jelas jika aplikasi ini hanya akan disekat di Amerika Syarikat (AS) atau secara global. Tencent menyatakan sekatan ini mungkin hanya akan berlaku di AS dimana iPhone bakal mengalami pengurangan penghantaran pada kesan minima.

95% Pengguna China Bakal Beralih Dari iPhone Jika WeChat Dibuang Dari App Store

Bagaimanapun, jika aplikasi WeChat turut disekat pada App Store secara global atau secara khususnya di China, pengguna negara tersebut mungkin bakal beralih dari iPhone.

Dalam kajian yang dilakukan pada halaman Weibo, 95% daripada 1.2 juta orang telah memberikan respon di mana mereka menyatakan bakal beralih ke peranti Android jika perkara itu berlaku. Ini kerana, WeChat merupakan aplikasi yang banyak digunakan oleh penduduk negara republik itu.

Terdahulu, penganalisis Ming-Chi Kuo turut menyatakan penghantaran global iPhone mungkin akan berkurang sebanyak 25 hingga 30% jika Apple membuang aplikasi WeChat dalam App Store secara global.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY