Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok trump

Donald Trump Perintah Sekatan Transaksi Dengan TikTok dan Wechat, Berkuatkuasa 20 September Ini

Diterbitkan Ogos 7, 2020 · Dikemas kini Ogos 7, 2020 oleh Amalina Athman

Kemelut mengenai sekatan aplikasi TikTok di Amerika Syarikat masih belum menemui penghujungnya. Kini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan telah mengeluarkan dua perintah eksekutif yang menyekat sebarang transaksi dengan syarikat induk aplikasi TikTok iaitu ByteDance.

INBOX: @realDonaldTrump has signed an executive order to ban TikTok in 45 days. pic.twitter.com/1zR4HgCPVj

— Andrew Feinberg (@AndrewFeinberg) August 7, 2020

Di bawah perintah yang akan berkuatkuasa 20 September ini, sebarang transaksi dengan ByteDance adalah dilarang. Sekatan yang sama turut berkuatkuasa untuk aplikasi di bawah syarikat Tencent iaitu WeChat. Menurut Trump,

“The spread in the United States of mobile applications developed and owned by companies in the People’s Republic of China (China) continues to threaten the national security, foreign policy, and economy of the United States.”

Terdahulu, Microsoft telah mengesahkan berminat untuk mengambil alih aplikasi daripada ByteDance iaitu TikTok. Syarikat itu turut menjangkakan perbincangan tersebut akan diputuskan pada 15 September.

Beberapa pakar turut mempercayai tandatangan perintah eksekutif ini kemungkinan adalah langkah untuk mempercepatkan urusan antara kedua-dua syarikat itu.

Sumber: Twitter via The Washington Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY