9 Perkara Yang Masih Menjadi Misteri Di Dunia One Piece

Jangan terkejut, anda masih di Wiser.my dan kami tetap menyediakan perkembangan teknologi dalam dan luar negara.

Tak salah rasanya kami bawakan sedikit santapan minda untuk peminat tegar manga dan anime popular dari Jepun, One Piece.

One Piece kini sudahpun menyambut ulangtahun yang ke-20 tahun lalu dan peminat masih berteka-teki bilakah Luffy dan lain-lain akan menemui "One Piece".

Antara sebab penulis meminati One Piece adalah kerana kisahnya digarap daripada beberapa peristiwa dan karakter dari dunia sebenar.

Walaupun dah berpuluh tahun diterbitkan, masih banyak lagi misteri yang belum terungkai mengenai Budak Getah ini.

Jom kita lihat, 9 perkara yang masih menjadi misteri di dunia One Piece.

9. Siapakah “Joy Boy”?


Joy Boy” ialah seorang lelaki dari daratan yang memainkan peranan penting dalam sejarah Fishman Island (Pulau Manusia Ikan).



Nama beliau ialah nama pertama yang Nico Robin sebutkan selepas dia membaca Ryugu Poneglyph semasa di Sea Forest (Hutan Laut).

8. Apakah kebolehan kaido?




Kaido ialah salah seorang Maharaja Lanun (Yonko). Beliau juga merupakan salah seorang antagonis utama pada jalan cerita Pakatan Lanun.

Sinonim dengan jolokan "Makhluk terkuat di dunia". Berbeza dengan Whitebeard yang dikenali sebagai "Manusia terkuat di dunia".

Penampilan pertama Kaido didalam manga pun sudah membayangkan kekuatannya dengan menempeleng Eustass Kidd. Tapi apa kebolehan sebenar Kaido? Apa buah syaitan yang ditelannya?

7. Bab terakhir dalam siri


Semasa plot di Marineford, episod-episodnya memang sarat dengan aksi. Anda mesti ingat One piece sudah hampir ke penghujung. Tetapi, Oda menyatakan sesuatu tentang episod terakhir dalam One Piece dalam sebuah temuramah.

Wartawan: Ramai yang tertunggu-tunggu apakah yang akan terjadi di akhir One Piece. Boleh bagi sedikit teaser?

Oda: Apa yang dapat motivasikan saya untuk terus melukis One Piece ialah saya mahu melukis episod terakhir. Ianya pasti hebat! Saya dapat beri gambaran pada anda bahawa plot semasa di Marineford itu tiada apa jika nak dibandingkan dengan episod terakhir.

Wartawan: Serius la ?!

Oda: Plot di Marineford ibarat tempat saya lalu sahaja bagi saya. Saya tak jangka ia jadi sangat popular. Jadi, saya tak tahu apa peminat akan beri respon pada plot terakhir nanti.

6. Apa yang jadi pada mata kiri Zoro?




Parut dimata kiri Zoro kelihatan selepas 2 tahun menjalani latihan bersama Dracule Mihawk.

Banyak teori yang diperdebatkan dengan mata kiri Zoro. Ada yang cakap kalau dia buka mata, kuasanya akan bertambah.

Ada yang cakap ia berkaitan dengan sumpahan pedang, Sandai Kitetsu yang diperoleh dari sebuah kedai Logue Town.

Seperti Cavendish yang mempunyai dua identiti, Cavendish (bajet hensem) dan Hakuba (kejam). Ia disebabkan pedangnya yang mempunyai sumpahan, Durandal.

5. Apa yang terjadi semasa Void Century




Juga dikenali sebagai Blank Century, kajian terhadap zaman ini diharamkan oleh Kerajaan Dunia (World Government).

Zaman tersebut berlangsung sekitar 800-900 tahun sebelum kisah sekarang mengambil tempat

4. Apa kebolehan sebenar Dragon




Ketua kepada Tentera Revolusi yang ingin menjatuhkan World Government dan dipanggil sebagai lelaki paling dikehendaki dalam dunia One Piece.

Merupakan anak kepada Monkey D. Garp dan bapa kepada Monkey D. Luffy.

Ada yang kata Dragon mempunyai kuasa angin dan mungkin juga pemakan kepada buah syaitan "Mythical Zoan".

3. Apa sebenarnya One Piece?




Persoalan yang telah bertahun lamanya timbul dibenak peminat siri ini.

Adakah ia harta karun? adakah ia sekadar harapan untuk menyatukan empat laut?

2. Siapa emak Luffy




Setelah lebih 20 tahun diterbitkan, kita sudah tahu Luffy mempunyai datuk yang dipandang tinggi dalam Marine, dan ayah yang menggepalai angkatan tentera pemberontak.

Tapi siapa pula emak kepada karakter paling "masuk air" ini?

1. Apakah maksud "The Will of D"?


Nama watak dengan huruf "D" sangat ditakuti dalam siri One Piece.



Misteri nama tengah ini masih belum terungkai dan watak-watak dengan nama tengah ini biasanya yang paling kerap membuat onar dalam dunia One Piece.

Itulah serba sedikit misteri yang masih menyelubungi dunia One Piece.

Sumber: Budak Getah