Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mempastikan Aplikasi Android Berjalan Pada “Background” Sistem

7 Pengeluar Telefon Pintar Tandatangani Cadangan Penyesuaian Aplikasi 64-bit

Diterbitkan Disember 13, 2023 oleh ariff bukhari

7 syarikat pengeluar telefon pintar termasuklah OPPO, vivo, Xiaomi, Huawei, Honor, Meizu, dan Samsung telah menandatangi usaha untuk bersama-sama melancarkan “Cadangan Mempromosikan Penyesuaian Perisian Aplikasi Terminal Pintar Mudah Alih kepada Seni Bina 64-bit”.

Pengumuman baru ini datang pada pelancaran mekanisme kerja yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Terminal Telekomunikasi, dan Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China.

Menurut laporan itu, 100 aplikasi paling popular di Oppo, Vivo, Xiaomi dan kedai aplikasi Lenovo di China disesuaikan dengan seni bina aplikasi 64bit.

98% daripada 1000 aplikasi teratas telah disesuaikan dengan 64-bit dan lebih daripada 98% daripada 3000 aplikasi teratas juga telah disesuaikan dengan 64-bit.

Pada bulan Julai tahun ini, kedai aplikasi termasuk Oppo, Vivo, dan Xiaomi sudah pun mula mengeluarkan aplikasi 32-bit dari kedai aplikasi mereka untuk peranti mudah alih.

Huawei AppGallery juga mengumumkan penyingkiran aplikasi 32-bit mulai Ogos tahun ini. Selepas itu, syarikat tersebut hanya akan menerima versi aplikasi 64-bit sahaja.

Kelebihan utama aplikasi 64-bit adalah ia boleh dijalankan dengan lebih pantas berbanding aplikasi 32-bit.

Aplikasi ini juga boleh memanfaatkan RAM di atas julat 4GB dan menggunakan ciri keselamatan.

Selain itu, seni bina aplikasi ini dapat menyediakan akses yang lebih besar kepada sumber mudah alih untuk senario intensif prestasi seperti aplikasi permainan dan produktiviti.

Sekaligus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna peranti mudah alih.

Berkaitan

  • Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu
  • Pra-Tempah realme GT3 Sekarang Dan Terima Hadiah Bernilai Lebih RM900
  • Transformasi Digital, Komunikasi Perlu Ditangani Lebih Baik - PM Anwar

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY