Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM Anwar_

Transformasi Digital, Komunikasi Perlu Ditangani Lebih Baik – PM Anwar

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 12, 2023 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan untuk memisahkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam rombakan Kabinet hari ini adalah untuk menangani transformasi komunikasi dan digital dengan lebih baik.

Berkaitan

  • KKD Kini Dipecah Dua, Gobind Singh Dilantik Menteri Digital

Anwar berkata terdapat banyak kritikan terhadap kerajaan dan aspek komunikasi melalui media sosial agak mencabar, yang mana penyampaian serta penyebaran maklumat tidak begitu berkesan atau memuaskan.

Sementara itu, bercakap mengenai transformasi digital, beliau menyatakan terdapat keperluan untuk menangani isu tersebut kerana ia sentiasa berubah. Ditambah pula, dengan kewujudan minat baharu seperti AI.

Dengan pusat data baharu, dan minat baharu dalam kecerdasan buatan (AI), terdapat keperluan untuk meningkatkan pemahaman pelajar di pelbagai peringkat. Ia satu tugas yang mencabar.

Terdahulu, Anwar mengumumkan penstrukturan semula KKD yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY