Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu

Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 12, 2023 oleh Amal Addin

Aplikasi Iman Pro versi 6 telah ditamatkan perkhidmatannya dan telah digantikan dengan versi 7. Hal ini kerana, asas kod aplikasi tersebut telah berusia lebih 5 tahun.

Berkaitan

  • Ini 5 Aplikasi Terbaik Untuk Anda Sepanjang Bulan Ramadan
  • Maney, Platform Mudahkan Pengguna Cari Perkhidmatan Yang Dipercayai
  • Aplikasi Xbox PC Kini Boleh Diakses Dalam "Compact Mode"
  • Aplikasi Google Android Akan Lancar "Sport Widget"
  • Aplikasi "Seeing AI" Kini Hadir Dengan 18 Jenis Bahasa

Perkara tersebut telah menjadikan Iman Pro versi 6 agak sulit untuk dioptimasi serta mustahil untuk dikemas kini. Iman Pro versi 7 menggunakan API (Application Programming Interface) paling baharu untuk tahun 2022.

Iman Pro versi 7 kini hadir dengan antara muka yang lebih tersusun, modular serta mesra pengguna. Selain itu, ia turut menyokong sepenuhnya peranti iPad secara natif.

Manakala ciri-ciri lainnya seperti Home Widgets, Locksreen Widgets, Apple Watch app, Apple Watch Complications dan Siri Shortcuts masih dikekalkan serta dikemas kini mengikut API terbaru.

Namun, perubahan dari versi 6 ke 7 memerlukan anda untuk membuat tetapan semula Widgets dan Watch Complications kerana terdapat perubahan yang besar.

Bagi mereka yang tidak tahu, iman Pro dibangunkan oleh pembangun Malaysia.

Cuma buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia untuk iPhone, iPad, Apple Watch serta komputer Apple Macintosh yang dikuasakan cip Apple sahaja.

Jika anda ingin dapatkan gambaran lebih jelas tentang aplikasi ini, anda boleh layari laman web Iman Pro.

Muat turun di App Store.

Sumber: Facebook Adiman Muhammad 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY