7 Model iPhone X Untuk Golongan Bangsawan - Harga Mencecah RM300 Ribu

Sekiranya anda merasakan harga iPhone X yang asal terlalu mahal, anda silap, kerana terdapat 7 lagi iPhone X yang direka khas dengan ciri-ciri mewah dan sudah semestinya menyasarkan golongan-golongan bangsawan.

Nak tahu kenapa ia dijual dengan harga puluhan dan ratusan ribu? Lihatlah sebab-sebabnya dibawah

1. Caviar - iPhone X Tesla

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=AaGbjx9X-nk

Caviar merupakan syarikat Rusia yang mengeluarkan iPhone X Tesla (tidak ada kena mengena dengan jenama kereta pandu sendiri) yang berupaya dicas menggunakan cahaya matahari. Ia dilengkapi dengan panel solar di bahagian belakang serta kemasan emas 24 karat disekeliling peranti.

Harga permulaan bagi versi 64GB adalah $4,445 (~RM18829.01)

2. Axiom - 24K gold-plated iPhone X



Jika anda rasa variasi warna iPhone X asal tidak nampak menarik dan mewah, model ini mungkin jawapan kepada masalah itu.  Tiada apa yang membezakan model ini dari versi yang asal melainkan ia dihiasi emas 24 karat mengelilingi telefon berkenaan dan untuk storan 256GB ia dijual pada harga $1,723 (~RM7,298.63).

3. Goldgenie  - iPhone X Bertakhtakan Kristal Swarowski



Goldgenie memang terkenal dalam mengubahsuai telefon pintar menjadi "aksesori mewah". Tidak cukup dengan salutan emas, iPhone X keluaran mereka juga bertakhtakan kristal Swarovski pada logo Apple dan sisi telefon berkenaan.  Versi 64GB dijual pada harga $3,722 (~RM15, 766.39)

4. Goldgenie - Diamond Cluster 24K gold iPhone X



Jika kristal Swarowski tidak memenuhi citarasa anda, Goldgenia turut menghasilkan iPhone X bersalut emas 24 karat dan bertakhtakan batu berlian pada logo dibahagian belakang. Apa yang membezakan keluaran ini dengan model nombor 3 diatas adalah dari segi batu berlian dan juga harganya yang mencecah $4,703 (~RM 19, 921.90).

5. OJ Exclusive - Exotic Leather iPhone X



Syarikat ini terkenal dalam menambah rekabentuk telefon dengan gaya eksklusif. Anda boleh meminta mereka menghias telefon pintar dengan bahan-bahan mewah seperti salutan emas 24 karat ataupun kulit binatang eksotik seperti ular sawa atau buaya. Tidak pasti harga jualan telefon ini dan sudah pasti ia tidak didagangkan dengan harga yang murah.

6. Legend - Aurum atau Fusion iPhone X editions



Syarikat berpengkalan di Finland ini mengeluarkan iPhone X edisi Aurum yang bertakhtakan berlian di logo Apple serta dihiasi lapisan emas 24 karat. Satu lagi keluaran adalah edisi Fusion yang dibina berasaskan karbon dan plat perak. Hanya 10 unit dari setiap edisi yang akan dijual. Harga bermula dari $3,500 (~RM 14825.99).

7. Brikk - Ingot Collection iPhone X

https://www.youtube.com/watch?v=zljCZLR2KmA

Anda boleh menempah sama ada mahukan model yang disalut emas tulen, ros emas, atau platinum dan merupakan buatan tangan.  Koleksi kelas atasan disaluti emas  dan harga paling rendah untuk versi ini adalah $70,000 (~RM296, 519.89). Bagi lain- lain edisi, harga bermula dari $7,495 (~RM 31, 748.81) hingga  $69,995 (~RM296, 498.71).

 

Sumber: Pocket-lint