Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis line

Maxis Tayang Teknologi 5.5G Pertama Di Malaysia, Kelajuan Lebih 8Gbps

Diterbitkan Februari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Maxis dan Huawei telah berjaya mengadakan pameran percubaan teknologi 5G-Advanced pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Di majlis ‘5G-Advanced Trial Showcase’ itu juga mempamerkan ujian kelajuan langsung untuk menunjukkan keupayaan 5G-Advanced untuk mencapai kelajuan puncak ultra pantas sehingga 8Gbps.

Maxis 5G Advanced
Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.

5G-Advanced, juga dikenali sebagai 5.5G, menjanjikan peningkatan sehingga 10 kali ganda dalam kelajuan, peranti bersambung, dan penambahbaikan dalam kependaman berbanding 5G.

Keupayaan ini akan memudahkan peningkatan digital industri teras seperti pembuatan mewah, automotif dan pengangkutan pintar, serta membolehkan komunikasi visual terkini melalui 3D dan realiti lanjutan (XR).

Selain itu, 5G-Advanced boleh menyokong pembangunan penyelesaian IoT mampu milik.

Anda boleh merasai sendiri pengalaman 5G-Advanced ini dengan mengunjungi pameran ini di KLCC The Place pada 22 Feb 2024 dari jam 3:00 petang ke 10:00 malam dan 23 Feb 2024 dari jam 10:00 pagi ke 10:00 malam.

Berkaitan

  • BYD Seal Rasmi Di Malaysia, Varian Prestasi Berharga RM199,800 Sahaja
  • CMF Bakal Perkenal Dua Peranti Audio Bulan Depan
  • AI Pada HONOR Magic6 Boleh Gerakkan Kereta Guna Mata

Sumber: Siaran media maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY