Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Diterbitkan Ogos 16, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 16, 2018 oleh Haikel Areff

Kita sering tertekan dengan masalah bateri peranti yang gagal bertahan untuk tempoh yang lama. Bagi menyelesaikannya, kita seringkali mencari sebarang cara atau tips untuk menjimatkan penggunaan bateri dalam kegunaan seharian peranti.

Tapi kita lupa, kadang kala kita telah melakukan beberapa kesilapan yang akan mengakibatkan kesihatan bateri itu sendiri terjejas. Oleh itu, mari kami kongsikan tips bagaimana untuk anda memanjangkan usia bateri telefon pintar anda.

1. Cas semula kuasa dengan lebih kerap

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri peranti habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul satu masa dulu, tapi tidak kini. Namun berbeza dengan hari ini.

Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan peranti hari ini tidak mempunyai efek memori. Maka anda tidak lagi perlu menunggu peranti kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula.

Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.

2. Jangan cas peranti sepanjang masa

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Mengecas peranti dengan terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk peranti hari ini. Ia disebabkan peranti sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.

Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas peranti tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri peranti untuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.

Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri peranti pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.

3. Tanggalkan sarung peranti ketika mengecas

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Kebanyakan dari kita menggunakan sarung pelindung pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.

Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan sarung tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.

4. Elakkan peranti daripada terdedah pada suhu yang tinggi atau terlalu rendah

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.

Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan peranti semasa di luar bangunan.

5. Kosongkan kuasa bateri dari masa ke semasa

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Walaupun anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan peranti kehabisan kuasa sepenuhnya dengan kerap, ia perlu juga dilakukan dari masa ke semasa. Ia bertujuan untuk ‘menyegarkan’ kembali bateri peranti.

Anda dinasihatkan untuk mengosongkan bateri peranti sekurang-kurangnya sekali untuk setiap tiga bulan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya untuk sebulan sekali.

Untuk keputusan terbaik, pastikan jarak masa antara setiap pengosongan kuasa itu adalah sama. Dalam kata mudah, jika anda mengosongkan bateri buat kali pertama selepas 30 hari, maka pengosongan bateri yang kedua juga perlu dilakukan 30 hari selepas itu.

Itu sahaja perkongsian daripada pihak kami buat masa ini. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY