5 Tips Memilih Kamera Peranti Pintar Terbaik

Kamera merupakan salah satu fungsi yang paling penting pada peranti pintar. Memiliki peranti dengan fungsi kamera yang canggih dan berkualiti adalah menjadi buruan penggemar gajet masakini.

Berikut kami kongsikan 5 tips memilih peranti pintar dengan kamera yang terbaik.

1. Auto fokus



Autofokus adalah sebuah fitur di mana kamera dapat mengunci atau memfokuskan objek yang sedang dirakam. Tanpa adanya fitur ini, boleh menyebabkan hasil gambar kabur  dan tidak jelas. Maka, walaupun kamera memiliki jumlah megapixel besar, namun tidak ada fitur autofokus, maka hasil fotonya pun tidak akan berkualiti.

 

2. Pilih kamera dengan LED flash berkualiti tinggi



Cahaya merupakan faktor terpenting di dunia fotografi, oleh kerana fungsinya menentu kualiti sesebuah "gambar yang diambil. Maka pilihlah kamera "smartphone" yang memiliki 2 LED Flash atau biasa dipanggil sebagai dual-tone flash. Sekiranya perlu, anda boleh menambahkan aksesori LED flash mobile yang banyak dijual di pasaran.

 

3. Aperture semakin kecil semakin bagus



Aperture adalah lubang pada kamera, di mana lubang tersebut berfungsi untuk mencerap cahaya yang masuk ke dalam lensa kamera. Semakin kecil aperture, maka cahaya yang dicerap akan semakin baik. Kamera dengan aperture terbaik saat ini masih dipegang oleh LG V30 dengan bukaan aperture f/1.6.

 

4. Fungsi HDR



HDR merupakan singkatan dari High Dynamic Range. Pada dasarnya, ketika kamera menangkap gambar dalam mode HDR, kamera akan mengambil 2 atau 3 atau bahkan 9 foto pada tahap exposure (tahap paparan cahaya) yang berbeza.

 

5. Mempunyai fungsi rakaman video 4K



Kenapa mesti 4K? Sebab semakin besar resolusi yang diambil, maka hasil video akan semakin jelas.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.