Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Telefon ‘Flagship’ Bajet Terbaik Awal 2025

Posted on Mac 26, 2025Mac 26, 2025

Suku pertama tahun 2025 ini, sudah banyak telefon pintar terbaru dibawa masuk ke pasaran tempatan. Terutama model-model berkelas andalan. Namun, tidak ramai yang mempunyai bajet besar untuk memiliki peranti tersebut.

Jangan risau, masih ada pilihan menarik untuk anda awal tahun 2025 ini. Berikut adalah 5 telefon flagship bajet terbaik yang anda boleh dapatkan sekarang:

realme GT 6

Walaupun bukan model paling terkini, realme GT 6 masih relevan kerana hadir dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi dan antara muka yang sangat mesra pengguna. Sesuai untuk anda yang sukakan telefon pantas dan mudah digunakan setiap hari.

Beli di:

Shopee – https://invl.me/clmm150

Lazada – https://invl.me/clmm155

vivo V40 Pro

Jika anda lebih mengutamakan fotografi, vivo V40 Pro adalah pilihan terbaik. Telefon ini memberikan hasil gambar yang sangat cantik dan jelas. Ini kerana ia didatangkan dengan teknologi Zeiss. Memang berbaloi untuk kaki foto dan media sosial.

Beli di:

Shopee – https://invl.me/clmm15i

Lazada – https://invl.me/clmm15l

HONOR 200 Pro

HONOR 200 Pro menawarkan gabungan hebat antara kuasa cip, kamera menarik, fungsi AI yang canggih serta ekosistem yang kukuh. Sesuai untuk pengguna yang inginkan prestasi keseluruhan yang mantap tanpa perlu berbelanja besar.

Beli di:

Shopee – https://invl.me/clmm15r

Lazada – https://invl.me/clmm15t

POCO F6 Pro

Masih berpegang pada moto “baik beli POCO”, telefon ini menawarkan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang berkuasa dengan paparan skrin cantik. Walaupun ada sedikit isu haba ketika bermain game AAA, ia tetap berbaloi dengan harga yang cukup menarik.

Setakat artikel ini ditulis, POCO F7 Pro belum dilancarkan lagi. Namun, sekiranya harga peranti baharu ini lebih kurang POCO F6 Pro, anda boleh pertimbang untuk memilih model terbaru.

Beli di:

Shopee – https://invl.me/clmm169

Lazada – https://invl.me/clmm16d

Xiaomi 14T

Xiaomi 14T sesuai bagi mereka yang tidak pasti penggunaan utama mereka kerana ia seimbang dalam semua aspek—cip berkuasa, kamera Leica berkualiti tinggi, bateri tahan lama, pengecasan pantas, malah dilengkapi penarafan kalis air IP68.

Beli di:

Shopee – https://invl.me/clmm17f

Lazada – https://invl.me/clmm17i

Sekiranya anda berminat dengan mana-mana model di atas, anda boleh terus klik pautan untuk membeli. Kebanyakan harga peranti tersebut mungkin lebih rendah berbanding semasa ia dilancarkan dahulu. Oleh itu, pilihlah mengikut keperluan anda.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress