Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-19T164353.477

Siri HONOR 200 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,899

Diterbitkan Jun 19, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas beberapa berita telah dikemukakan tentang kehadiran peranti terbaru daripada HONOR, HONOR Malaysia kini telah mengumumkan kemasukan siri telefon HONOR 200 dalam pasaran tempatan yang terdiri daripada model standard dan Pro.

WhatsApp Image 2024-06-19 at 4.41.03 PM

Untuk pengetahuan anda, spesifikasi untuk keluaran siri HONOR 200 ini di Malaysia adalah sama sahaja dengan keluarannya di China dan global.

Sebagai ringkasan, HONOR 200 dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 3 manakala versi Pro menggunakan Snapdragon 8s Gen 3 dan HONOR C1+RF untuk peningkatan kualiti rangkaian.

Kedua-duanya menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 serta dilengkapi dengan paparan jenis AMOLED yang dilindungi oleh HONOR Oasis.

Begitu juga untuk kamera yang mana ia terdiri daripada lensa utama 50MP OIS, telefoto 50MP OIS, ultra lebar+makro 12MP dan swafoto 50MP. Kali ini, HONOR berkolaborasi dengan Harcourt Studio, studio terkenal dalam penghasilan gambar potret. Oleh itu, peranti ini turut menawarkan 3 mod Harcourt.

Untuk bateri, kedua-duanya juga dilengkapi dengan kapasiti 5,200mAh tetapi pengecasannya berlainan di mana model standard 100W dan model pro 100W serta wayarles 66W.

Harga yang ditetapkan untuk siri HONOR 200 adalah seperti di bawah.

HONOR 200

  • 12GB + 256GB = RM1,899
  • 12GB + 512GB = RM2,199

HONOR 200 Pro

  • 12GB + 512GB = RM2,699

Tambahan lagi, pelancaran siri HONOR 200 ini juga hadir dengan tawaran prapesan daripada 19 Jun hingga 27 Jun 2024 yang bernilai RM1,078.

WhatsApp Image 2024-06-19 at 4.41.09 PM

Beli siri HONOR 200 di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • PDRM Lumpuhkan Sindiket “Trojan Spymax", Pengguna Android Diminta Waspada Muat Turun Fail APK
  • Aplikasi Tesla Paling Disenangi Pengguna EV Premium Di AS
  • Samsung Tawar Diskaun RM500 Untuk Barisan Monitor Ini
  • Malaysia Sedia Laksana Rangkaian 5G Kedua - Fahmi

Sumber: HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY