Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Teliti 5 Faktor Ini Sebelum Membeli ‘Laptop’ Ikut Bajet Anda

Posted on Februari 27, 2025Februari 27, 2025

Mencari ‘laptop’ pada harga mesra bajet tapi masih cukup berprestasi untuk aktiviti seharian sememangnya memeningkan.

Dengan lambakan pilihan yang ada di pasaran, adalah sukar untuk mencari dan memilih yang bersesuaian dengan keperluan.

Tetapi, anda boleh menjadikannya mudah dengan melihat 5 faktor penting ini dalam memilih sesebuah komputer riba (laptop) yang tepat berdasarkan bajet anda:

  1. Cip pemprosesan/grafik (CPU/GPU)
  2. RAM
  3. Saiz storan
  4. Reka bentuk (saiz/jenis skrin, nipis dan ringan)
  5. Hayat bateri

Daripada 5 faktor di atas, anda boleh kaitkannya mengikut bajet dan keperluan penggunaan anda.

‘Laptop’ bajet berharga RM1,000 hingga RM2,000

Jika bajet anda sekitar RM 1,000 ke RM 2,000, kebiasaanya model laptop yang ditawarkan dilengkapi dengan cip pemprosesan bermula dari siri Intel Celeron.

Kelebihan utama PC dikuasakan Intel Celeron adalah menggunakan tenaga yang rendah dan menawarkan laptop pada harga mampu milik.

Seperti laptop ASUS Vivobook Go 14 dikuasakan Intel Celeron adalah model laptop permulaan sesuai untuk menjalankan tugas harian seperti melayari web, menonton video dan menjalankan aplikasi-aplikasi pejabat yang ringan seperti MS Office.

Lapop bajet yang dikuasakan oleh pemproses Celeron mampu mengendalikan tugas-tugas ringan dengan lancar dan memberikan prestasi yang memuaskan.

Tetapi jika anda mahukan laptop yang sedikit berkuasa daripada Intel Celeron dengan harga yang masih di bawah RM2,000, anda boleh memilih barisan laptop yang dikuasakan pemprosesan –

  1. Intel Pentium Silver,
  2. AMD Ryzen™ 3 atau;
  3.  AMD Ryzen™ 5
MSI Modern 14 dengan skrin 15 inci yang dipacu AMD Ryzen 5 boleh didapati pada harga di bawah RM1,900.

Dari aspek spesifikasi RAM dan saiz storan, biasanya kapasiti RAM didatangkan adalah bermula dari 8GB RAM dengan storan 256GB.

Manakala saiz skrin pula adalah bersaiz 11 inci (cth: Acer Chromebook 511) , 14 inci dan 15 inci.

Laptop Lenovo IdeaPad 1i (15″, Gen 7) ini mungkin antara yang paling berbaloi dengan skrin besar 15.6 inci. Tapi hanya dilengkapi RAM 4GB dan storan 128GB sahaja.

 

ACER ASPIRE LITE 15 ini pula walaupun skrin 14 inci, tapi storannya sebesar 512GB dan RAM 8GB. Malah harganya hanya di bawah RM1,500.

Beli barisan laptop sekitar bajet RM1,000 ke RM2,000 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clmhdgd
  • Lazada – https://invol.co/clmhdit

‘Laptop’ bajet berharga RM2,000 hingga RM3,000

Jika bajet anda sekitar RM 2,000 ke RM 3,000, kebiasaanya model laptop yang ditawarkan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i3.

Dikuasakan Intel Core i3 menawarkan keseimbangan yang sempurna antara kuasa dan prestasi, menjadikannya ideal untuk kerja dan hiburan.

Ia ideal untuk pelajar, profesional, dan pengguna kasual yang memerlukan komputer riba pada harga yang masih mampu milik dan boleh dipercayai untuk produktiviti harian dan hiburan.

Dari aspek spesifikasi RAM dan saiz storan, biasanya kapasiti RAM didatangkan dengan 8GB RAM dan storan bermula dari 256GB.

Manakala saiz skrin pula adalah bersaiz 15 inci dan 16 inci.

Model laptop seperti ACER Aspire Lite dipacu Intel Core i3 menawarkan keseimbangan yang baik antara prestasi dan kos, menjadikannya antara pilihan pengguna.

Tetapi bagi anda yang mahukan prestasi yang lebih berkuasa dari cip Intel Core i3, terdapat laptop yang masih berharga di bawah RM3,000 dengan cip Intel dan AMD yang lebih berkuasa seperti Core i5, i7, Ryzen 5 dan Ryzen 7.

Asus Vivobook 16 dikuasakan Intel Core i5 yang boleh didapati pada harga serendah RM 2,057 adalah antara pilihan terbaik yang ada letika ini.

Selain cip yang berkuasa, laptop yang hampir mencecah harga RM3,000 turut dilengkapi dengan spesifikasi perkakasan yang lebih berkuasa seperti kad grafik terbina  NVIDIA GeForce RTX, RAM 16 GB dengan storan lebih besar iaitu 512 GB serta lebih berprestasi.

Selain cip pemproses Intel dan AMD, laptop dalam lingkungan harga ini juga menawarkan model yang dipacu Snapdragon X seperti model Vivobook 14/16 (A1407QA / A1607QA) yang baru dilancarkan tahun ini.

Laptop yang dipacu pemproses Snapdragon seperti Asus Vivobook 14 ini menjanjikan penjimatan tenaga sekali gus menawarkan hayt operasi bateri yang lebih lama sehingga lebih 20 jam.

Beli barisan laptop sekitar bajet RM2,000 ke RM3,000 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clmhdgo
  • Lazada – https://invol.co/clmhdjc

‘Laptop’ bajet berharga RM3,000 hingga RM4,000

Akhir sekali adalah barisan laptop yang berharga antara RM3,000 sehingga RM4,000.

Barisan model laptop yang ditawarkan pada lingkungan harga ini sudah boleh dikatakan sebagai laptop berprestasi dan memasuki kategori laptop premium.

Kebanyakkan model tersebut dilengkapi dengan spesifikasi tinggi seperti generasi cip pemprosesan baharu termasuklah Intel Core Ultra, Core i9 dan Qualcomm Snapdragon X Plus.

HUAWEI MateBook D 16 2024 antara pilihan yang ada bagi laptop dalam harga ini.

Malah dalam lingkungan harga ini juga menawarkan pengenalan kepada kategori gaming laptop seperti dari MSI.

Model MSI Thin 15 B12UC 2821 Gaming Laptop ini dipacu Intel Core i5 Gen 12, NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 dan kadar segar skrin setinggi 144Hz. Tapi kekurangannya adalah pada hayat bateri yang singkat, rekaan tebal dan berat.

Ringkasnya, laptop dalam lingkungan harga RM3,00 sehingga RM4,000 ini bukan sahaja menawarkan kepada mereka yang mahukan pilihan laptop yang pantas dan berkuasa tapi juga turut menawarkan pilihan barisan laptop dengan hayat bateri yang lama untuk penggunaan seharian.

Jadi, pilihlah berdasarkan keperluan anda.

Laptop yang semakin tinggi harganya juga hadir dalam reka bentuk yang menarik seperti model baharu Aspire 14 AI ini.

Beli barisan komputer riba sekitar bajet RM3,00 sehingga RM4,000 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clmhdgw
  • Lazada – https://invol.co/clmhdjp

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan adalah disyorkan dalam memilih komputer riba, pastikan spesifikasi laptop tersebut sekurang-kurangnya dilengkapi kapasiti RAM 8 GB dengan storan minimum 256 GB bagi memastikan sistem PC Windows dapat beroperasi dengan lancar dan menyimpan data tanpa bimbang had ruang storan.

Selain itu, laptop dengan cip pemproses yang berkuasa pastinya akan semakin mahal harganya. Begitu juga keupayaan hayat bateri laptop tersebut.

Tetapi itu tidak bermakna anda perlu membeli laptop yang berharga ribuan ringgit.

Ini kerana, komputer riba moden kini hampir semuanya dipacu pemproses baharu serta direka nipis yang menjadikannya jauh lebih ringan dari model laptop terdahulu dan hayat bateri yang lebih dari 5 hingga 20 jam.

Apa yang paling penting adalah pilihan laptop yang dibuat adalah memenuhi had bajet dan spesifikasi yang mengikut keperluan penggunaan anda.

Jenama tidak menentukan sesebuah komputer riba itu lebih baik dari jenama yang lain. Sebaliknya yang menjadikan ia pilihan yang lebih berbaloi adalah berdasarkan spesifkasi perkakasan yang ditawarkan yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Jika ada perbezaan sekali pun, mungkin dari aspek servis selepas jualan yang mudah diakses anda jika berlaku sebarang isu pada komputer riba tersebut bagi tuntutan waranti.

Beli barisan laptop sekitar bajet RM1,000 sehingga RM4,000 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clmhdhb
  • Lazada – https://invol.co/clmhdjv

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress