Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v40

Siri vivo V40 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,999

Diterbitkan Ogos 22, 2024 · Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Setelah sekian lama dinantikan, vivo akhirnya melancarkan siri V40 di Malaysia, yang terdiri daripada dua model, iaitu vivo V40 dan vivo V40 Pro. Kedua-dua peranti agak serupa antara satu sama lain, dengan perbezaan utama ialah pemproses dan kamera.

Sebagai permulaan, V40 Pro ialah model teratas, menggunakan AMOLED 6.78 inci dengan kecerahan puncak 4,500 nits untuk kandungan HDR dan kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 9200+ yang digandingkan dengan 12GB RAM dan storan 512GB. Dari segi perlindungan, ia dilengkapi dengan penarafan IP68 dan IP69 untuk rintangan debu dan air.

vivo v40 camera

vivo V40 Pro hadir dengan 12+512GB. Sementara vivo V40 menawarkan dua konfigurasi memori 12+256GB dan 12+512GB.

Beralih ke bahagian belakang, V40 Pro dilengkapi kamera ZEISS dengan 50MP utama (Sony IMX921), kamera ultra lebar 50MPserta kamera potret telefoto 50MP (Sony IMX816) dengan 2x zum optikal dan 50x zum digital. Sementara kamera swafoto 50MP.

V40 pula didatangkan dengan kamera ZEISS 50MP utama dan 50MP ultra lebar. Kamera utama pada kedua-dua model mempunyai sokongan OIS dan Smart Aura Light.

Untuk bateri vivo 40 dan vivo v40 Pro menawarkan kapasiti bateri yang sama iaitu 5500 mAh dengan sokongan pengecasan 80W. Kedua-duanya menjalankan FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Warna vivo V40 Pro hadir dengan dua warna iaitu putih dan silver sahaja. Manakala vivo v40 hadir dengan tiga variasi warna iaitu purple, peach dan silver.

Harga adalah RM3,299 untuk vivo V40 Pro. Bagi vivo V40 pula adalah RM1,999 (12+256) dan RM2,399 (12+512GB).

Prapesan untuk peranti ini sudah bermula sehingga 30 Ogos 2024 yang mana vivo menawarkan sejumlah hadiah percuma termasuk diskaun RM199 untuk vivo Watch 3 (PWP).

Siri vivo V40 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,999

Berkaitan

  • Siri vivo V40 Dilancarkan - Cip Dimensity 9200+, Kamera ZEISS
  • Kelajuan CPU Snapdragon 8 Gen 4 Mungkin Capai 4GHz
  • Tak Sampai 24 Jam, YouTube Cristiano Ronaldo Kini Miliki 15 Juta Pengikut
  • TM Pilih Nokia Untuk Tingkatkan Rangkaian Optik Antarabangsanya
  • Storan iCloud Kekal Perkhidmatan Paling Popular Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY