Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri POCO F6 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 2, Cas 120W, Harga Permulaan RM1799

Posted on Mei 23, 2024Mei 23, 2024

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, siri telefon pintar terbaru daripada POCO kini telah hadir di pasaran tempatan dengan harga promosi untuk tempoh masa yang terhad.

Siri yang dimaksudkan adalah siri POCO F6 yang terdiri daripada dua model iaitu POCO F6 Pro dan POCO F6.

POCO F6 Pro

Untuk model Pro, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 (3.19 GHz) dan juga disokong dengan grafik Adreno, memori LPDDR5X serta storan UFS 4.0.

Skrinnya pula adalah jenis Flow AMOLED bersaiz 6.67 inci pada resolusi WQHD+ (3200 x 1440) dan kadar segar semula 120Hz.

Kamera POCO F6 Pro ini terdiri daripada lensa utama 50MP OIS, ultra lebar 8MP, makro 2MP dan swafoto 16MP.

Selain itu, kapasiti baterinya adalah 5,000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas 120W serta sistem penyejukan IceLoop yang menggunakan teknologi LiquidCool 4.0.

Ciri-ciri lain pula seperti dwi-slot kad SIM, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 7, pembesar suara stereo, NFC dan IR Blaster.

POCO F6

Berbeza pula untuk model standard, ia hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dan kelengkapan dalaman yang sama iaitu grafik Adreno, memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Untuk skrin, model ini menggunakan jenis Flow AMOLED juga pada saiz 6.67 inci dan kadar segar semula 120Hz.

Telefon ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP OIS, ultra lebar 8MP dan swafoto 20MP.

Selain daripada mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W, ciri lain yang hadir adalah dwi-slot kad SIM, Bluetooth 5.4, penarafan IP64, dua pembesar suara, IR Blaster dan NFC.

{suggest}

Sempena dengan pelancaran ini, POCO Malaysia juga menawarkan promosi harga untuk kedua-dua model yang hanya berkesan untuk pembelian di gedung dalam talian Shopee, Lazada dan mi.com.

Harga promosi adalah seperti di bawah.

POCO F6 Pro

  • 12GB + 256GB = RM2,299 RM2,059
  • 12GB + 512GB = RM2,499 RM2,159
  • 16GB + 1TB = RM2,899 RM2,599

POCO F6

  • 8GB + 256GB = RM1,799 RM1,559
  • 12GB + 512GB = RM1,999 RM1,699

Promosi ini hanya akan berkesan pada 23 Mei pukul 8 malam hingga 31 Mei 2024.

Beli siri POCO F6 di:

Shopee – https://invl.io/cll630s

Lazada – https://invol.co/cll630w

Sumber: Siaran Media POCO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress