Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Ace _ Ace Pro Key Visual (No Copy)

Insta360 Lancar Kamera Aksi Terbaru, Ace & Ace Pro Dikuasakan AI

Diterbitkan November 22, 2023 oleh ariff bukhari

Insta360 hari ini mengumumkan model terbaru kamera aksi yang lebih pintar dikuasakan AI dan menghasilkan kualiti imej yang luar biasa iaitu Insta360 Ace dan Insta360 Ace Pro.

Untuk versi flagship, Insta360 Ace Pro dibina dengan kejuruteraan Leica di mana ia mempunyai prestasi pengimejan unggul daripada sensor 1/1.3″ elit, cip AI 5nm dan lensa Leica SUMMARIT.

Pencipta kandungan boleh menikmati video 4K 120fps menakjubkan, foto 48MP, PureVideo untuk rakaman cahaya malap, pengecasan pantas (80% dalam masa 22 minit sahaja) dan banyak lagi.

Vlogging 03
Insta360 Ace dan Ace Pro dilengkapi skrin sentuh bersaiz 2.4 inci yang boleh diterbalikkan.
Insta360 Ace _ Ace Pro Key Visual

Manakala versi Insta360 Ace ialah pilihan mesra bajet dengan perbezaan utamanya ialah pada sensor 1/2″ 48MP yang lebih kecil, kanta biasa dan pengecasan standard.

Insta360 Ace dijual pada harga RM1,749 manakala Ace Pro pula berharga RM2,099. Kamera aksi terbaru ini sudah pun boleh dipra tempah di stor rasmi Insta360 di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia
  • Insta360 GO 3 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799
  • Tempah smart #1 Sekarang Dan Dapatkan Pakej Bernilai Lebih RM6 Ribu Secara Percuma

Sumber: Insta360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY