Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Pangkalan Tentera AS Bakal Dipacu Tenaga Nuklear, Reaktor Pertama Operasi Seawal 2028

5 Pangkalan Tentera AS Bakal Dipacu Tenaga Nuklear, Reaktor Pertama Operasi Seawal 2028

Diterbitkan Ogos 27, 2026 · Dikemas kini Ogos 27, 2026 oleh ariff bukhari

Tentera Darat AS mengumumkan pada Rabu bahawa ia telah menganugerahkan jumlah keseluruhan $2.2 bilion kepada pembekal untuk membina dan mengendalikan reaktor nuklear kecil di lima pangkalan tentera di Amerika Syarikat.

Tentera Darat negara itu menyasarkan untuk membolehkan reaktor pertama beroperasi menjelang September 2028, satu sasaran yang ditetapkan oleh Presiden Donald Trump dalam perintah eksekutif Mei 2025 yang bertujuan mempercepatkan pembangunan tenaga nuklear awam generasi baharu.

 

“Kami kini tahu bahawa grid elektrik domestik kami berpotensi terdedah kepada risiko,” kata Jeff Waksman, seorang pegawai kanan Tentera Darat yang bertolak jawab mengenai kemudahan dan tenaga, dalam satu sidang akhbar.

“Dalam sesebuah konflik, kami juga tahu bahawa kami tidak semestinya dapat memindahkan bahan api fosil dengan mudah ke mana-mana lokasi yang kami perlukan,” tambahnya.

Beliau berkata infrastruktur kritikal Tentera Darat kini bergantung kepada “beberapa bentuk bahan api fosil cecair, utamanya diesel” sebagai pelan sandaran sekiranya berlaku gangguan akses kepada grid kuasa konvensional.

Kerajaan AS merancang untuk memasang reaktor nuklear kecil juga dikenali sebagai SMR (reaktor modular kecil) di lima “lokasi permulaan,” pada waktu Jabatan Tenaga AS turut mempromosikan pembangunan SMR.

Lima syarikat, termasuk syarikat pemula Antares Nuclear dan Radiant Industries serta pemain lama industri nuklear Westinghouse dan General Atomics, telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut.

Sejak Jun, lima syarikat telah membawa prototaip SMR ke peringkat yang dipanggil “kekritikan” (criticality), iaitu apabila reaktor berupaya beroperasi dengan sendirinya tanpa sumber tenaga luaran dan secara teorinya boleh menghasilkan tenaga.

Walau bagaimanapun, belum ada SMR yang mula berkhidmat secara rasmi, dan hanya satu pengeluar, NuScale, yang telah mendapat kelulusan reka bentuk reaktor daripada Suruhanjaya Pengawal Selia Nuklear (NRC) AS.

Pihak tentera AS mempunyai proses pensijilan sendiri yang bersesuaian dengan keperluannya, kata Waksman.

Perkara inilah yang membolehkan Tentera Laut AS, seawal tahun 1954, melancarkan kapal selam berkuasa nuklear pertama di dunia, USS Nautilus, yang dilengkapi dengan teknologi perintis kepada SMR.

Waksman berkata pihak tentera sedang bekerjasama dengan Jabatan Tenaga dan NRC “untuk menyelaraskan proses pengawalseliaan kami sejauh yang mungkin.”

Dengan cara itu, syarikat yang membangunkan SMR untuk pihak tentera “boleh mempunyai laluan terus daripada kelulusan Tentera Darat kepada kelulusan NRC tidak lama selepas itu,” sekali gus membolehkan mereka memasarkan reaktor tersebut kepada pihak industri atau kerajaan tempatan, katanya. – AFP

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • (Video) Pesawat Elektrik Terbesar Dunia Berjaya Diterbangkan, Kos Elektrik Sekitar RM22 Sahaja
  • Baka Baharu Ubi Kayu Nuklear Matang Lebih Awal, Berpotensi Dikomersial Dalam Dua Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY