realme 10 Rasmi Untuk RM999, Dilengkapi Super AMOLED Dan Kamera 50MP

Hari ini, realme 10 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga RM999.

Model 4G ini menggunakan cip pemprosesan Helio G99 dengan RAM sebesar 8GB dan ROM setinggi 256GB.



Storannya daripada jenis UFS2.2 dan RAM pula LPDRR4X.

Dynamic RAM (RAM maya) pula boleh ditingkatkan sehingga 8GB, menjadikan RAM keseluruhan 16GB jika dihidupkannya.

May be an image of text that says 'realme realme 10 Best-in-class COMBO G99 Chipset 90Hz Super AMOLED Display Terminate Poor Gaming Experience and Enjoy Better Entertainment 마sgab MediaTekheli Launch Event 3PM (UTC+8), 13 FEB 2023'

Selain itu, ia tampil dengan paparan Super AMOLED 90Hz dengan ukuran 6.4" FHD+ bersama lubang untuk kamera hadapan 16MP.

Paparannya juga menyokong kadar input sentuh maksimum 360Hz.



Antara tumpuan utama realme untuk telefon ini ialah kamera belakangnya yang terdiri daripada 50MP utama dan 2MP hitam putih.



Bukan itu saja, malah audionya juga hadir dengan 200% UltraBoom Speaker dengan Hi-Res.

Sistem operasinya ialah Android 12 yang berkulitkan realme IU 3.0.



realme 10 dibekalkan dengan bateri sebesar 5000mAH yang sokong pengecasan pantas SuperVOOC Charge 33W.

Menerusinya, realme 10 mampu dicas 50% dalam 28 minit saja.

Anda boleh pilih peranti ini dalam 2 warna iaitu Clash White dan Rush Black.



Kamera bagi realme 10 mempunyai dikatakan hadir dengan 50MP utama dan 2MP depth. Untuk perisian pula, realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Namun, ia tidak menyokong NFC jadi tidak boleh digunakan dengan kad TNG NFC.

May be an image of phone and text that says 'realme realme 10 Segment-first 36-Month TÜV SÜD Fluency Rating A TUV SUD 36-mnhuenyraing EBA tuvsud.com/ps-cert Rating represents the highest TÜV SÜD Fluency Rating, confirming smartphone fluency after three years usage. realme has undergone rigorous tests with around 40 commonly used apps including YouTube, Spotify, Instagram, and more. JINOS wwppee'

Tubuhnya pula setebal 7.95mm dengan bicu audio 3.5mm dan 2 mikrofon serta sokong dwi-LTE. Anda juga akan mendapat pengecas di dalam kotak selain casing dan pelindung skrin.

Kalau soal ketahanan, realme mengatakan telefon ini mendapat markah A daripada TÜV SÜD untuk kelancaran selama 36 bulan.



Walaupun selepas 1,095 hari, ia tetap mempunyai prestasi seperti hari pertama, itulah iklannya katakan.

Untuk sementara waktu sehingga 16 Februari, anda yang menempahnya awal akan mendapat beberapa tawaran istimewa.



  • Beli di Shopee - klik SINI

  • Beli di Lazada - klik SINI


Terdahulu, realme 10 Pro+ 5G dijual bermula RM1,599 manakala realme 10 Pro 5G pula bermula RM1,299.

Spesifikasi lanjut boleh didapati di laman web realme.

{suggest}