Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Uji Ciri Kod QR Untuk Mudah Tambah Kenalan

5 Ciri Baru WhatsApp Yang Dijangka Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Jun 11, 2020 oleh ariff bukhari

WhatsApp dikhabarkan sedang membangunkan beberapa ciri baru menarik yang dijangka akan ditawarkan kepada lebih daripada 2 bilion penggunanya di seluruh dunia.

Secara khususnya, terdapat 5 ciri baru yang akan hadir pada tahun ini.

1. Sokongan pelbagai peranti

Ketika ini, pengguna hanya dapat menggunakan aplikasi WhatsApp pada satu telefon pintar sahaja menerusi satu akaun.

Tetapi pada masa akan datang, pengguna akan dapat menggunakan WhatsApp pada semua peranti pintar yang mereka ada hanya dengan menggunakan satu akaun tersebut.

2. Kod QR

WhatsApp memang sudah sedia dilengkapi dengan ciri kod QR. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk pengesahan log masuk ke dalam akaun WhatsApp web sahaja.

Tetapi tidak lama lagi, pengguna juga boleh menambah orang hubungan baru dengan hanya mengimbas Kod QR sahaja. Jadi nanti tak perlulah lagi pengguna memasukkan orang hubungan yang secara manual.

3. Mesej hapus sendiri

Sama sepertimana WhatsApp Stories atau Status, ciri mesej hapus sendiri ini turut akan diterima pengguna WhatsApp tidak lama lagi.

Tetapi kelebihan bagi ciri mesej baru di WhatsApp ini adalah pengguna akan boleh menetapkan sendiri masa bagi satu-satu mesej itu terhapus dengan sendirinya.

4. Pelayar dalam aplikasi

Pengguna WhatsApp akan boleh terus membuka dan melayari laman sesawang dari pautan yang diterima mereka terus dari dalam aplikasi WhatsApp.

Bermakna, jika anda klik pada pautan itu, ia tidak akan membawa anda ke pelayar sesawang. Sebaliknya boleh saja terus melayari pautan tersebut terus dari WhatsApp.

5. Kali terakhir dilihat

Buat masa ini, WhatsApp hanya membenarkan penggunanya kongsikan status ‘kali terakhir dilihat’ dengan orang hubungan, kesemuanya atau tidak pada sesiapa.

WhatsApp Image 2020-06-11 at 08.36.24

Tetapi pada masa akan datang, pengguna akan boleh memilih secara khsusus status ‘kali terakhir dilihat’ bersama dengan orang hubungan yang dipilih mereka.

Sumber: India Express

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY