Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

Diterbitkan Januari 8, 2018 oleh Tips Gajet

Tidak semua fungsi peranti pintar “berguna” kepada kita, ada sesetengahnya perlu dimatikan kerana ianya mungkin akan membebankan peranti bahkan ada yang boleh menyebabkan pengurangan jangka hayat bateri.

Berikut antara 4 fungsi yang kami syorkan untuk dimatikan.

1. Bunyi dan getaran peranti

4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

Untuk peranti baru fungsi ini akan diaktifkan secara otomatik, untuk mematikannya anda boleh masuk ke menu berikut

  • Pergi ke Settings > Sounds > Other sounds.
  • Kemudian anda boleh menonaktifkan: dial pad tones, screen locking sounds, touch sound, vibrate on tap dan masih banyak lagi.

Dengan melakukan perkara diatas, anda dapat menjimatkan penggunaan bateri.

2. Getaran pad kekunci

4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

Fungsi yang satu ini juga elok sekiranya dimatikan. kerana adalah tidak perlu getaran pada keypad ketika menaip. Fungsi ini juga hanya membebankan peranti dan bateri.

Cara untuk mematikannya ikuti langkah berikut.

  • Pergi ke Settings > Language & input > Virtual keyboard.
  • Pilihlah keypad yang anda gunakan, misalnya Google Gboard.
  • Selanjutnya di menu Preferences, nonaktifkan Sound on keypress dan Vibrate on keypress.

3. Auto correct

4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

Ini merupakan fungsi yang paling menjengkelkan kepada semua pengguna peranti pintar di Malaysia. Cara untuk mematikannya adalah seperti berikut

 

  • Pergi ke Settings > Language & input > Virtual keyboard.
  • Pilihlah keyboard yang anda gunakan.
  • Pada pengaturan keyboard Android, pilih menu Text correction.
  • Sekarang, matikan fungsi Auto-correction untuk mencegah keyboard mengganti kata secara otomatik.

4. Bloatware yang tidak digunakan.

4 Fungsi Yang perlu dimatikan pada Peranti Pintar

Tidak dinafikan bahawa Bloatware diantara penyebab kenapa peranti memnjadi lembap dan kehilangan ruangan storan. Untuk menghapuskan applikasi tersebut tidaklah mudah kerana memerlukan anda melakukan proses “Root” terlebih dahulu.

Namun sekiranya bernasib baik terdapat beberapa Bloatware yang dapat di “Disable” kan fungsinya. Cuba sahaja cara berikut.

  • Pergi ke Settings > Apps.
  • Pilih aplikasi yang hendak anda disable, kecuali aplikasi sistem seperti Google service dan yang tidak muncul di app drawer).
  • Pada laman informasi, anda perlu tandakantombol Disable.
  • Anda juga bisa menonaktifkan notifikasi dengan memilih App notifications dan matikan pengaturan.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Selamat mencuba.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY