4 Aplikasi Ini Mungkin Boleh Bantu Masalah Susah Tidur

Ada dalam kalangan kita mengalami masalah untuk tidur diwaktu malam. Tidak kiralah selesa mana pun katil, mata masih tidak boleh terlelap. Jikalaupun tertidur, ia sudah terlewat dan anda harus bangun bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja.

Seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun, telefon pintar kini sudah mempunyai beberapa aplikasi yang mungkin boleh membantu anda untuk masuk tidur dengan lebih awal.

Berikut 4 aplikasi Android untuk mengatasi masalah sukar tidur yang boleh anda cuba.

1. Calm



Mempunyai ciri "Sleep Stories" untuk bantu anda mudah tidur, selain daripada audio alam semulajadi seperti bunyi hujan dan ombak. Terdapat juga fungsi memainkan alunan muzik yang sesuai untuk tidur disamping mengajar anda bernafas untuk lebih tenang.

2. Music Therapy for Sound Sleep



Aplikasi muzik ini dibangun berasaskan EEG (Electroencephalogram) yang mana ia adalah ujian digunakan untuk menilai aktiviti elektrik di dalam otak. Bagi menghasilkan bunyi tidur yang dikehendaki, gelombang Alpha berkelajuan rendah ditetapkan pada aplikasi dan ia mampu menenangkan minda untuk memudahkan anda tidur.

3. Pzizz



Ia boleh membantu anda untuk tidur tanpa mengira waktu siang ataupun malam. Berfungsi dengan cara memainkan audio beserta frekuensi serta kelantangan bunyi yang berbeza-beza. Antara audio yang dimainkan adalah kesan suara dan muzik.

4. Sleep Sounds



Tampil dengan antaramuka yang ringkas dan mesra pengguna. Dilengkapi dengan senarai bunyi-bunyian alam semulajadi seperti bunyi di dalam hutan, di tepi pantai yang mampu menimbulkan ketenangan kepada si pendengar.

Itulah 4 senarai aplikasi yang mungkin boleh membantu anda dalam mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur diwaktu malam dan sudah berlarutan dalam jangka masa yang lama, eloklah berjumpa dengan pakar untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Berkaitan