Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Lagi Ciri Menarik Terbaru Mula Diterima Pengguna WhatsApp Minggu Ini

3 Lagi Ciri Menarik Terbaru Mula Diterima Pengguna WhatsApp Minggu Ini

Diterbitkan Oktober 27, 2022 · Dikemas kini Oktober 27, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda belum mengemas kini aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda minggu ini, apa kata ambil ambil sedikit masa untuk melakukannya kerana WhatsApp sudah ada menawarkan 3 ciri terbaru yang menarik untuk anda.

Ciri yang dimaksudkan di sini adalah ciri di mana admin grup boleh memadam mesej ahli grup dan ahli grup pula boleh melihat nama admin yang memadam mesej tersebut.

WhatsApp latest version
WhatsApp admin
WhatsApp mesej deleted

Satu lagi ciri menarik yang dikemas kini WhatsApp adalah ciri yang membolehkan orang hubungan dalam aplikasi WhatsApp pra tonton pautan yang dikongsikan di dalam Status WhatsApp anda.

Sebagai contoh rujuk rajah di bawah yang menunjukkan rupa pautan di dalam Status WhatsApp sebelum dan selepas ia dikemas kini kepada versi terbaru.

WhatsApp Image 2022-10-27 at 11.19.00
WhatsApp Image 2022-10-27 at 11.19.02

Serta satu lagi ciri baru WhatsApp yang mula ditawarkan secara berperingkat kepada penggunanya adalah ciri mengundurkan kembali “delete for me” iaitu mengembalikan mesej yang dipadam anda selepas dihantar.

Tetapi kemudiannya anda mungkin berubah fikiran dan boleh kembalikannya semula dalam tempoh beberapa saat selepas ia dipadamkan.

WhatsApp delete for me

Seperti yang dimaklumkan awal tadi, semua ciri ini mula ditawarkan secara berperingkat. Jadi sebahagian pengguna mungkin ada yang belum menerimanya, sama ada anda pengguna WhatsApp di platform iOS mahupun Android.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status 'Online', Ini Caranya
  • Ini 6 Ciri Terbaru WhatsApp Yang Sepatutnya Anda Sudah Terima Dan Bakal Dapat
  • Jangan Terkejut Bila WhatsApp Tawar Ciri Baru Ini Nanti

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY