Adakah anda sedang memburu headphone ANC di belantara Shopee? Pastinya anda berfikiran bahawa headphone dengan kombinasi kualiti bunyi yang baik dan prestasi ANC yang kedap memerlukan anda untuk berbelanja lebih RM600, bukan?
Sejak kebelakangan ini, syarikat-syarikat seperti EarFun dan Baseus telah menghasilkan produk audio mampu milik yang menawarkan prestasi melebihi harga jualannya.
Di sini, saya persembahkan tiga headphone bawah RM200 yang bukan calang-calang dari segi kualiti bunyi, prestasi ANC, ciri-ciri yang ada, dan hayat bateri:
Baseus EH10 NC

Bermula dengan headphone yang paling murah dalam senarai ini, Baseus EH10 merupakan sebuah headphone ANC yang mempunyai kualiti bunyi yang mampu melawan headphone lebih mahal, walaupun harganya mampu turun serendah RM95. Harga biasa adalah dalam julat RM125-140.

Kualiti bunyinya tidak seperti headphone Baseus yang lalu kerana ia tidak bassy seperti yang lain. Bukan itu sahaja, berdasarkan pengalaman saya menggunakan headphone ini, penghasilan bunyi instrumen dan vokal kedengaran jelas dan tidak tenggelam.
Tetapi, apa yang saya boleh kata, ia kurang sesuai bagi peminat bass. Walau bagaimanapun, jika anda cukup rajin, anda boleh menukar talaan bunyi dengan menukar tetapan equalizer dalam aplikasi Baseus. Tambahan pula, talaan buatan anda akan disimpan dalam headphone.
Headphone ini juga menyokong codec Bluetooth LDAC, tetapi sejujurnya, itu tidak penting. Talaan bunyinya out of the box sudah cukup mantap.
Selain itu, headphone ini juga boleh digunakan dalam mod wayar dengan adanya sokongan mod pendengaran berwayar melalui port USB-C. Jadinya, apabila anda menyambungkan headphone ini ke komputer atau telefon menggunakan wayar, ia akan berfungsi seolah-olah ianya headphone berwayar.
Tetapi, diingatkan bahawa headphone ini tiada port 3.5mm headphone jack.
Apa yang pasti, headphone ini menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) dan mod transparency (boleh dengar sekeliling). Ia bukanlah yang terbaik, tapi bagi saya, ia cukup efektif untuk membatalkan 40-50% bunyi sekeliling, dan pada mod transparency, bunyi sekeliling kedengaran natural.
Bukan itu sahaja, headphone ini menyokong multipoint (boleh sambung ke dua peranti serentak), dan mod low latency bagi anda yang ingin menggunakannya untuk bermain game.
Dengan hayat bateri selama 80 jam dengan mod ANC dimatikan, headphone ini pastinya boleh bertahan selama seminggu tanpa cas. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana kerana ia boleh dilipat. Senang untuk diletakkan dalam beg galas.
Memang padu walaupun murah.
Anda boleh beli headphone ini di sini. Jika sempat, anda boleh cepat-cepat ambil warna merah jambu: https://invol.me/clndj35
EarFun Tune Pro

EarFun Tune Pro pula lebih padu berbanding headphone Baseus, dan boleh saya katakan, ia adalah yang terbaik dalam senarai ini secara keseluruhan.
Pada pendapat saya, headphone ini juga lebih baik berbanding abangnya, EarFun Wave Pro dari segi ciri-ciri yang terkandung, dan kualiti bunyi. Yang menariknya, ia dijual pada harga yang lebih murah, iaitu pada RM195.
Sama seperti model Baseus tadi, bunyinya tidak terlalu bassy, dan bunyi vokal dan instrumen juga kedengaran jelas.
Walau bagaimanapun, jika anda inginkan lebih bass, anda sentiasa boleh mengubah talaan bunyi melalui aplikasi EarFun Audio. Sama seperti Baseus, talaan buatan anda akan disimpan dalam headphone.
Apa yang membezakan headphone ini dengan abangnya adalah ketiadaan sokongan codec Bluetooth LDAC, tetapi percayalah, itu tidak penting kerana talaan out of the box sudah cukup mantap.
Ia juga layak digelar headphone all-rounder kerana ia mempunyai sokongan audio melalui sambungan USB-C dan boleh didengari secara pasif (boleh dengar melalui 3.5mm headphone jack walaupun headphone dimatikan). Menariknya, anda juga boleh menghidupkannya ketika headphone jack disambung untuk menggunakan ANC dan mod transparency secara berwayar.

Dari segi pembatalan hingar aktif (ANC) pula, prestasi ANC tidak mengikut tanda harganya kerana ia mampu membatalkan lebih 50% daripada bunyi sekeliling. Mod transparency kedengaran jauh lebih natural. Walaupun suara saya sendiri kedengaran agak tenggelam seolah-olah ada efek occlusion, kualitinya secara keseluruhan masih jauh lebih baik.
Dari segi bateri pula, headphone ini mampu bertahan sehingga 120 jam apabila ANC dimatikan. Jadinya, ia mampu bertahan lebih seminggu dengan penggunaan yang ringan.
Tidak dilupakan, ia menyokong ciri multipoint, mod low latency bagi gamers, dan rekaannya boleh dilipat. Jadi, ia juga mudah dibawa ke mana-mana.
Bagi saya, inilah headphone terbaik dalam senarai ini.
Headphone ini boleh dibeli di sini: https://invol.me/clnjlri
FiiO EH13

FiiO EH13 yang berharga dalam lingkungan RM183-190 ini mungkin bukan juara dari segi prestasi ANC dalam senarai ini, tetapi jika anda seorang yang sangat teknikal mengenai audio, ini adalah pilihan yang paling tepat untuk anda.
Kenapa? Kerana ia menyokong 10-band parametric EQ (PEQ) yang membolehkan anda menala profil bunyi dengan sangat terperinci. Cuma, anda perlu memuat turun aplikasi FiiO Control untuk berbuat demikian.
Dari segi kualiti bunyi pula, headphone ini sangat bassy. Jadi, ia sememangnya paling sesuai bagi pengguna mainstream yang gemar bass. Sejujurnya, saya tidak minat kualiti bunyi sebegini kerana berdasarkan bacaan graf, penghasilan vokal dan instrumen pastinya kurang jelas dan tenggelam, dengan bass yang sangat menguasai keseluruhan profil bunyi.
Sekurang-kurangnya, apabila anda menala headphone ini, tetapan EQ akan disimpan dalam headphone. Jadi, tidak perlu buka aplikasi setiap kali anda ingin menggunakan talaan bunyi anda.

Headphone ini juga menyokong codec Bluetooth LDAC, tetapi seperti apa yang telah saya nyatakan, Ia tidak penting.
Dari segi sambungan, ia menyokong pendengaran secara berwayar terus melalui port USB-C. Anda juga boleh menggunakan ANC dan mod transparency secara berwayar melalui port USB-C. Cuma, ia sama seperti headphone Baseus, iaitu ia tiada sambungan port 3.5mm headphone jack.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri moden yang lain cukup lengkap. Sama seperti headphone-headphone lain dalam senarai ini, ia menyokong ciri multipoint, mod low latency untuk gaming, dan rekaannya yang juga boleh dilipat.
Untuk bateri pula, ia mampu bertahan sehingga 75 jam dengan mod ANC dimatikan. Walaupun ini adalah yang paling rendah dalam senarai ini, ia sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk kegunaan harian berhari-hari lamanya tanpa perlu kerap dicas.
Headphone ini juga boleh dibeli di sini: https://invol.me/clnjn13
Itulah headphone-headphone bawah RM200 yang patut anda pertimbangkan. Jadi, anda mahu pilih yang mana? Ingatlah untuk membuat kajian sebelum membeli mana-mana headphone, tidak kira dalam talian atau luar talian.
{suggest}


