Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 IEM Terbaik Bawah RM100

4 IEM Terbaik Bawah RM100

Diterbitkan Oktober 2, 2026 · Dikemas kini Oktober 2, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Dengan peningkatan populariti earphone berwayar sejak kebelakangan ini, anda pastinya pernah melihat ramai mengesyorkan earphone yang mirip Apple EarPods di media sosial, bukan?

example image of person wearing wired earpods

Memang benar bahawa ia nampak trendy, namun earphone-earphone seperti ini tidak praktikal kerana tiada pembatalan bunyi secara pasif, mempunyai kualiti bunyi yang teruk, dan juga berpotensi menjadi e-waste atau sisa elektronik hanya selepas beberapa bulan menggunanya kerana wayarnya yang tidak boleh dicabut dan mudah rosak.

Sekali rosak, ia tidak boleh digunakan lagi…

Tetapi, ada solusi untuk masalah seperti ini: IEM atau in-ear monitors yang merupakan earphone dengan ada muncung yang ditutup dengan getah.

4 IEM Terbaik Bawah RM100
Saya memakai earphone jenis IEM.

Sebab-sebab utama mengapa earphone jenis IEM dikira lebih baik adalah kerana ia mempunyai rupa yang unik dan estetik, boleh digantung pada telinga, wayar boleh dicabut, DAN kualiti bunyinya jauh lebih baik berbanding produk-produk tiruan Apple EarPods.

Anda mungkin beranggapan bahawa IEM adalah mahal, bukan? Tetapi, itu bukan lagi satu masalah pada masa kini kerana syarikat-syarikat seperti FiiO, 7Hz, dan Moondrop telah banyak mengeluarkan IEM dengan kualiti bunyi yang padu dan wayar yang boleh dicabut, tetapi tidak mencecah RM100.

Jadi, inilah empat IEM yang terbaik pada harga bawah RM100 jika anda ingin mula melangkah masuk ke dalam dunia IEM. Semuanya mempunyai kualiti bunyi yang baik dan wayar yang boleh dicabut, tetapi kesemuanya berbeza dari aspek lain.

Truthear Gate

4 IEM Terbaik Bawah RM100
4 IEM Terbaik Bawah RM100

 

Truthear Gate adalah IEM yang tidak asing lagi dalam kalangan komuniti audiophile. Hal ini terutamanya disebabkan oleh harganya yang bernilai RM95.

Screenshot 2026-10-02 121018
Graf bunyi Truthear Gate. Dari Hangout Audio.

Kelebihan: IEM ini sangatlah ringan (5.4g sepasang tanpa mengira tip getah dan wayar), jadi anda akan rasa seakan-akan tidak memakai apa-apa di telinga. Selain itu, ia mempunyai bunyi yang neutral dengan sedikit peningkatan bass. Reka bentuk lutsinar yang menampakkan driver di dalam IEM pula nampak futuristik.

Kekurangan: IEM ini kurang sesuai bagi mereka yang minat bass. Ketahanan binaannya juga meragukan kerana terasa terlalu ringan, seakan-akan ia boleh pecah jika terjatuh. Berat yang ringan juga memberikan tanggapan bahawa ia seakan-akan sebuah mainan.

Anda boleh beli di Shopee: https://invol.me/clnebr8

Tanchjim Bunny

Tanchjim Bunny DMT4 In-Ear Monitors: With Microphone Ultra Dynamic Driver Earphones IEM (Bunny DMT4) Type C 3.5Mm Cable Earphones 1 Year International Seller Warranty Earphones - Lazada | Lazada Malaysia

Tanchjim Bunny adalah pilihan yang baik jika anda ingin mencari IEM yang menyelesaikan masalah kualiti binaan pada Truthear Gate. IEM yang nampak minimalis ini, dengan nama ‘bunny’ bukan main-main, walaupun harganya sering dijual pada harga sekitar RM75-95.

Screenshot 2026-10-02 150141
Graf bunyi Tanchjim Bunny. Dari Squig.link.

Kelebihan: IEM ini mempunyai profil bunyi yang neutral, dan kiranya yang paling neutral dalam senarai ini. Seperti yang telah dinyatakan, binaannya yang diperbuat daripada resin juga terasa solid dan tidak murah. Bab saiz pula, ia adalah kecil dan sesuai bagi mereka yang mempunyai telinga yang kecil. Wayar yang disertakan juga lebih kukuh, didatangkan dengan chin slider yang mengelakkan wayar daripada tersimpul.

Kekurangan: IEM ini mempunyai sub-bass yang agak kurang berbanding IEM lain dalam senarai ini, jadi ia kurang sesuai bagi penggemar bass. Pembatalan bunyi secara pasif juga kurang baik kerana saiznya yang kecil.

Anda boleh beli di Shopee: https://invol.me/clnjjr2

Moondrop CHU II

4 IEM Terbaik Bawah RM100
Moondrop CHU II kepunyaan saya, dengan wayar JCALLY JC16S.

Moondrop CHU II pula adalah IEM yang lebih hangat di kalangan komuniti audiophile kerana kualiti binaannya dan harga yang juga bawah RM100, iaitu dalam RM88.

Screenshot 2026-10-02 122055
Graf bunyi Moondrop CHU II. Dari Hangout Audio.

Kelebihan: IEM ini mempunyai profil bunyi V-shape neutral (banyak bass, banyak treble tetapi vokal dan instrumen masih lagi jelas dan kedengaran agak neutral). Selain itu, persamaannya dengan Tanchjim Bunny adalah saiznya yang kecil, jadi ini juga boleh jadi satu alternatif bagi mereka yang mempunyai telinga kecil. Bukan itu sahaja, ia mempunyai binaan zink aloi yang membuatkan ia rasa premium dan seolah-olah berharga lebih RM300.

Kekurangan: IEM ini sangat bergantung pada kemuatan tip getah di telinga (muatan baik = cukup bass + pembatalan bunyi pasif yang baik). Muncung tembaganya juga mudah teroksida dan meninggalkan kesan-kesan hijau, jadi ia perlu dibersihkan sekali sekala. Wayar yang diberi pula terasa murah. Jadi, digalakkan untuk membeli wayar lain di samping membeli IEM ini.

Anda boleh beli di Shopee: https://invol.me/clndobh

Tangzu Wan’er S.G.

4 IEM Terbaik Bawah RM100

Tangzu Wan’er S.G. adalah IEM yang sangat popular dan sering disyorkan sebagai alternatif terbaik kepada 7Hz X Crinacle Zero:2 yang berharga RM110 ke atas. Hal ini terutamanya disebabkan oleh harganya yang lebih murah, iaitu sekitar RM79. Kiranya, ini adalah IEM paling murah dalam senarai ini.

Screenshot 2026-10-02 122251
Graf bunyi Tangzu Wan’er SG. Dari Hangout Audio.

Kelebihan: IEM ini mempunyai bunyi yang seimbang dan ‘warm’, dan boleh dianggap ‘all-rounder’. Corak pada muka IEM juga nampak mewah, seolah-olah memakai aksesori kecantikan. Pembatalan bunyi pasif juga baik kerana saiz yang agak besar dan menutupi lubang telinga dengan baik.

Kekurangan: IEM ini diperbuat sepenuhnya daripada plastik, jadi terasa kurang premium. Wayar yang disertakan di dalam kotak juga agak nipis dan sangat mudah bersimpul jika tidak dijaga. Sekurang-kurangnya, wayarnya boleh dicabut dan ditukar dengan wayar yang lebih baik.

Anda boleh beli di Shopee: https://invol.me/clnjkxq

 

Kini, anda tahu serba sedikit tentang IEM bawah RM100. Jadi, pilihlah IEM dan elakkan earphone tiruan jika anda inginkan sesuatu yang boleh tahan lama.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress