Bagi generasi milenial dan peminat tegar genre permainan perlumbaan khususnya, anda kini boleh merasai semula kenangan zaman kegemilangan game kereta lumba konsol dan PC era tahun 2000-an.
Malah, bukan satu sahaja judul permainan lejen ini boleh anda mainkan, tapi sebanyak 3 judul boleh dimainkan secara percuma di PC anda tanpa perlu memuat turun fail besar atau menggunakan perisian emulator yang rumit.
3 judul permainan lumba kereta paling ikonik itu adalah Need For Speed Most Wanted (NFSMW), Need For Speed Undergound 2 (NFSU2) dan Need For Speed Carbon (NFSC) yang boleh dimainkan secara terus menerusi pelayar web PC anda.
Need for Speed: Underground 2 (2004)

Legasi lumba haram malam ini terkenal dengan sistem ubah suai kenderaan paling mendalam dan lagu latar (soundtrack) nostalgia yang ikonik.
Need for Speed: Underground 2 ialah permainan perlumbaan tahun 2004 yang dibangunkan oleh EA Black Box, yang merupakan judul kelapan dalam siri Need for Speed dan kesinambungan kepada Underground.
Permainan ini memperkenalkan latar dunia terbuka Bayview, di mana pemain membina reputasi melalui pelbagai perlumbaan jalanan serta pengubahsuaian kenderaan.
Need for Speed: Most Wanted (2005)
Permainan ini kekal sebagai penanda aras terbaik dalam francaisnya menerusi aksi kejar mengejar antara polis dan pelumba dengan menampilkan aksi yang mendebarkan serta senarai cabaran yang begitu menarik, yang menguji kecekapan pemanduan.
Need for Speed: Most Wanted (2005) ialah permainan perlumbaan dunia terbuka dan merupakan judul kesembilan dalam siri Need for Speed.
Pemain berlumba mendaki kedudukan dalam ‘Blacklist’ dengan menewaskan 15 pelumba jalanan elit, serta mendapatkan semula kereta BMW M3 GTR milik protagonis yang dicuri oleh pesaingnya, sambil mengelak daripada dikejar oleh pihak polis yang agresif.
Permainan ini menawarkan mod pemain tunggal dan berbilang pemain, yang menggabungkan persaingan berkelajuan tinggi dengan aksi kejar-mengejar yang sengit.
Need for Speed: Carbon (2006)
Sebagai kesinambungan kepada Most Wanted, permainan ini memperkenalkan perlumbaan jurang (Canyon Drift) yang mendebarkan serta sistem wilayah berasaskan kelab lumba.

Ia meneruskan tema perlumbaan jalanan daripada Need for Speed: Most Wanted, yang tertumpu kepada perlumbaan penguasaan wilayah.
Need for Speed: Carbon merupakan judul kesepuluh dalam siri Need for Speed yang telah dilancarkan pada 2006 untuk pelbagai platform termasuk PC, PS2, PS3, Xbox 360, Wii, dan lain-lain.
Kini, impian untuk kembali memandu kereta yang pernah menjadi idola anda seperti BMW M3 GTR atau Nissan Skyline GT-R boleh direalisasikan dengan memainkannya sekarang terus di pelayar web anda dengan layari pautan berikut:


