Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google I/O 2023

3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa ‘AI’

Diterbitkan Mei 11, 2023 · Dikemas kini Mei 12, 2023 oleh ariff bukhari

Pada persidangan pembangun Google I/O, ketua eksekutif Google, Sundar Pichai memperlihatkan 3 aplikasi popular mereka yang akan ditambah baik dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

3 Aplikasi itu adalah Gmail, Google Maps dan Google Photos.

Untuk Gmail, Google memuatkan ciri AI terbaru yang dikenali sebagai Help Me Write. Ia adalah ciri teks janaan AI Google bertujuan membantu pengguna mengarang e-mel.

Help Me Write menggunakan sejarah terdahulu anda untuk membuat e-mel pada topik tertentu.

Ciri ini akan mula dilancarkan sebagai sebahagian daripada kemas kini Workspace yang akan datang.

Gmail Help Me Write

Google Maps juga menerima penambahbaikan dari AI di mana aplikasi itu akan memberikan maklumat tambahan tentang laluan anda, termasuk trafik dan cuaca serta visual laluan perjalanan yang mengagumkan.

Ia adalah penambahbaikan daripada ciri Immersive View yang diperkenalkan dalam Google Maps dahulu.

Ciri baru ini dikenali sebagai Google Maps Immersive View For Route yang akan tiba menjelang akhir tahun ini untuk 15 buah bandar utama terpilih.

Satu lagi aplikasi Google yang akan turut dikuasakan AI adalah Google Photos.

Jika sebelum ini Magic Erase menggunakan AI untuk menghapuskan objek daripada pemandangan di aplikasi Google Photos,  kini, ia ditambah dengan ciri baru yang dikenali sebagai Magic Editor yang berupaya mengalihkan objek dalam adegan dan juga menukar latar belakang imej.

Sebagai contoh, Magic Editor berupaya menambahkan objek yang tiada dalam foto anda.

Magic Editor dijangka akan dilancarkan Google pada lewat tahun ini juga.

Berkaitan

  • Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000
  • Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera
  • Google Perkenal Pixel Tablet - 10.95", 8GB RAM, Tensor G2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY