Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
200 Penumpang Kapal Terbang Menerima Hadiah Berupa Samsung Galaxy Note 8

200 Penumpang Kapal Terbang Menerima Hadiah Berupa Samsung Galaxy Note 8

Diterbitkan Oktober 24, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Kehadiran pelbagai model telefon pintar Samsung dengan prestasi tinggi pada tahun ini, ia sedikit sebanyak berjaya membuatkan pengguna lupa terhadap kejadian buruk yang berlaku kepada syarikat itu tahun lalu.

Jika tahun lalu, Note 7 dilarang untuk dibawa masuk untuk penerbangan tetapi kini Samsung Sepanyol mengambil inisiatif dengan memberikan 200 unit Samsung Galaxy Note 8 secara percuma kepada penumpang Iberia Airlines.

¡Hay selfies que rebosan sonrisas! Mucha emoción entregando los #Note8abordo a todos nuestros clientes del IB0513 de hoy ✈️? @SamsungEspana pic.twitter.com/KYmS0tZYp2

— Iberia (@Iberia) October 23, 2017


Sudah semestinya penumpang gembira tatkala melihat pramugari membawa dulang yang berisi telefon pintar flagship idaman ramai dan itu merupakan tanda terima kasih Samsung Sepanyol kepada pengguna yang masih setia menyokong mereka disaat kejatuhan syarikat itu.

Ini merupakan kempen yang dikendalikan oleh Samsung Sepanyol sahaja dan tidak melibatkan negara yang lain.

Sumber: Iberia Airlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY