Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Skuad FAM eRimau Ke Pusingan Akhir FIFAe World Cup 2025

2 Skuad FAM eRimau Ke Pusingan Akhir FIFAe World Cup 2025

Diterbitkan November 10, 2025 · Dikemas kini November 10, 2025 oleh ariff bukhari

Skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila dua pasukan eSukan Malaysia layak ke pusingan akhir FIFAe World Cup 2025 di Riyadh, Arab Saudi, bagi kategori eFootball Mobile dan Rocket League.

Dalam kategori Rocket League, trio Thrishernn Raaj (Misty), Ang Kel Joe (Blue) dan Nik Aiman Hakim (Sphinx) di bawah bimbingan Richard Monico Juarez menewaskan Indonesia 4-1 untuk mara ke final, bersama Australia sebagai wakil Asia Timur dan Oceania.

 

Mereka bakal berentap dengan 14 pasukan dunia termasuk England, Brazil, Jerman, dan Arab Saudi.

2 Skuad FAM eRimau Ke Pusingan Akhir FIFAe World Cup 2025
2 Skuad FAM eRimau Ke Pusingan Akhir FIFAe World Cup 2025

Sementara itu, pasukan eRimau bagi kategori eFootball Mobile diketuai Shaharil Shaifuddin bersama Minbappe, Gege, dan Derhaka pula turut mara, mewakili Asia bersama Jepun, Thailand, dan India.

Mereka akan bersaing dengan pasukan elit seperti Brazil, Turkiye, dan Maghribi.

Kejohanan ini akan berlangsung di SEF Arena, Riyadh, dari 10–19 Disember 2025, dengan majlis undian rasmi pada 12 November 2025.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kolaborasi Bersama ZEISS, vivo Sasar Jadi Raja Kamera Telefon Pintar
  • Tampalan Gigi Berasaskan Merkuri Akan Dihapuskan Menjelang 2034

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY