Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2026-10-20 at 12.15.01

Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799

Diterbitkan Oktober 20, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 20, 2026 oleh ariff bukhari

Amazfit hari ini melancarkan T-Rex Dual Solar di Malaysia, jam tangan pintar ekspedisi premium pertama di dunia yang menggabungkan paparan AMOLED berwarna penuh dengan sistem pengecasan solar dwi-sisi.

Peranti ini direka khas untuk pengembaraan jarak jauh dan aktiviti di kawasan yang terhad akses bekalan elektrik.

WhatsApp Image 2026-10-20 at 12.17.02
T-Rex Dual Solar dibina kukuh dengan bezel titanium gred 5, kristal nilam tahan calar, serta rintangan air 10 ATM.

Sistem pengecasannya mengumpul tenaga matahari menerusi paparan hadapan serta panel solar di plat belakang seramik kaca.

Gabungan ini membolehkan hayat bateri dipanjangkan daripada 25 hari penggunaan biasa sehingga 34 hari.

Bateri peranti ini turut boleh dihidupkan semula menggunakan tenaga solar walaupun kuasa bateri telah habis sepenuhnya.

WhatsApp Image 2026-10-20 at 12.19.02
Skrin AMOLEDnya menyokong kecerahan puncak sehingga 3,000 nits, pemetaan navigasi warna penuh, dan mod bateri Outdoor Extreme.

Jam tangan pintar Amazfit T-Rex Dual Solar ini bakal dijual secara rasmi pada 23 Oktober 2026 pada harga RM2,799.

Pembelian menerusi saluran rasmi terpilih turut menawarkan hadiah percuma seperti khemah perkhemahan atau beg galas Decathlon, selagi stok masih ada.

Beli barisan produk Amazfit dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clo4xor
  • Lazada – https://invl.me/clo4xou

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Amazfit Lancar T-Rex Dual Solar, Jam Pintar AMOLED Pertama Di Dunia Dengan Pengecas Solar
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY