Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999

Diterbitkan Oktober 22, 2026 · Dikemas kini Oktober 22, 2026 oleh ariff bukhari

OPPO hari ini secara rasminya melancarkan Siri OPPO Find X10, flagship terbaharu mereka yang dilancarkan untuk pasaran global, termasuklah Malaysia.

Menampilkan Find X10 dan Find X10 Pro Max., OPPO menekankan pengalaman fotografi yang lebih semula jadi serta pelbagai peningkatan premium merentasi kamera, prestasi dan kecerdasan buatan (AI).

Model utamanya, OPPO Find X10 Pro Max, hadir dengan sistem kamera belakang tiga sensor 200MP yang merangkumi kamera ultra lebar, kamera utama dan telefoto.

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Find X10 Pro Max dengan Sistem Kamera Tiga 200MP Hasselblad membawakan resolusi 200MP pada kesemua tiga kamera belakangnya.

Sementara itu, OPPO Find X10 menawarkan konfigurasi dua kamera 200MP.

Kedua-dua model dibangunkan bersama jenama kamera terkenal Hasselblad dan menggunakan teknologi baharu LUMO True Image Engine bagi menghasilkan warna, pencahayaan dan perincian imej yang lebih realistik.

Bagi rakaman video, siri ini menyokong rakaman 4K 60fps pada semua kamera belakang, selain menawarkan mod 4K 120fps dan 8K 30fps untuk pengguna profesional.

Malah, OPPO turut bekerjasama dengan Blackmagic Design dan Meta untuk memperkasakan lagi aliran kerja pencipta kandungan menerusi peranti terbaru ini.

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Untuk rakaman lebih jauh, OPPO Hasselblad Teleconverter memperluaskan keupayaan kamera telefoto 200MP pada Find X10 dan Find X10 Pro Max.
Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Aksesori Tilta Khronos Creator Kit direka khusus bagi memperluaskan lagi keupayaan Find X10 Pro Max untuk penggambaran profesional. Kit ini merangkumi pemegang tambahan, penyesuai penapis 67mm, penyesuai untuk OPPO Hasselblad Teleconverter, serta kipas penyejuk.

Dari segi paparan, peranti ini dilengkapi skrin LTPO 144Hz dengan tahap kecerahan puncak sehingga 3,600 nits serta sokongan Dolby Vision.

Prestasinya pula dipacu cip MediaTek Dimensity 9600M bagi Find X10 dan MediaTek Dimensity 9600 Pro berasaskan proses 2nm untuk Find X10 Pro Max.

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Siri ini turut menampilkan bateri silikon-karbon sehingga 8,000mAh, pengecasan pantas 80W SUPERVOOC dan 50W AIRVOOC tanpa wayar.
Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Siri OPPO Find X10 menjalankan ColorOS 17 di mana pengguna mendapat akses kepada pelbagai ciri AI termasuk AI Mind Pilot, AI Photo Agent dan AI Call Guard yang membantu mengesan panggilan penipuan berasaskan AI.

Siri OPPO Find X10 ini mula tersedia untuk pra pesanan di Malaysia bermula hari ini pada harga RM4,999 bagi OPPO Find X10 dan bagi versi  OPPO Find X10 Max pula berharga RM6,999.

WhatsApp Image 2026-10-22 at 17.06.05
WhatsApp Image 2026-10-22 at 17.06.06

Bei barisan model telefon pintar OPPO terkini dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clo5b2a
  • Lazada – https://invl.me/clo5b2h

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
©2026 WISER.MY
Loading Comments...