Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1Fit Malaysia Tiba-Tiba Tamat Operasi, Ramai Tuntut Jawapan

1Fit Malaysia Tiba-Tiba Tamat Operasi, Ramai Tuntut Jawapan

Diterbitkan Jun 17, 2025 · Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh Amsyar Latif

1Fit Malaysia, aplikasi kecergasan yang menawarkan akses ke pelbagai studio senaman secara langganan, telah menamatkan operasi secara mengejut pada 13 Jun 2025 tanpa sebarang notis awal kepada pengguna atau kakitangan. Syarikat kini dalam proses likuidasi rasmi akibat masalah kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Murat Alikhanov, menyatakan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan operasi. Namun, pengguna mempersoalkan ketelusan syarikat kerana langganan masih dipromosikan sehingga saat akhir.

Keadaan ini menimbulkan keraguan, apatah lagi syarikat sebelum ini turut dilaporkan menamatkan operasi secara tiba-tiba di Mexico dan UAE tanpa menyelesaikan bayaran balik kepada pengguna.

https://www.instagram.com/p/DK1_wNYRGnO/

Dalam satu kenyataan di LinkedIn, Sabrina Azham, bekas Pengurus Pembangunan Perniagaan 1Fit Malaysia, meluahkan rasa kecewa terhadap cara penutupan itu dikendalikan. Beliau menyatakan bahawa ia bukan sekadar kehilangan pekerjaan tetapi juga kehilangan kepercayaan dan komuniti yang telah dibina bersama pengguna dan rakan niaga.

“Kami tidak diberi sebarang amaran. Kami masih menjawab mesej daripada rakan niaga walaupun kami sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku. Ini bukan penipuan, tetapi jelas satu bentuk salah urus yang amat besar.”

Sabrina turut mengakui bahawa ramai pengguna dan rakan niaga mendapat manfaat sepanjang operasi aplikasi ini, termasuk memperkenalkan semula gaya hidup aktif kepada ramai orang. Namun, cara penutupan yang tidak beretika telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap syarikat dan industri ini secara keseluruhan.

“Anda tidak boleh mempromosikan gaya hidup sihat sambil meninggalkan komuniti anda begitu sahaja. Kesihatan bukan sekadar bersenam tetapi juga merangkumi etika, tanggungjawab dan penghormatan terhadap orang lain.”

Apa yang pengguna boleh lakukan?:

  • Simpan semua bukti pembayaran seperti resit atau pengesahan e-mel.
  • Mohon bayaran balik (refund) melalui pautan rasmi di bio Instagram 1Fit Malaysia.
  • Buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) atau agensi perlindungan pengguna jika tiada sebarang tindakan susulan.

Apa-apa pun, insiden ini menimbulkan persoalan besar tentang kebertanggungjawaban syarikat teknologi terhadap pengguna, kakitangan dan komuniti yang menyokong mereka.

Berkaitan

  • Malaysia Antara Terpantas Kuasai AI Di Dunia – Lonjakan Pendaftaran GenAI Cecah 183%
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Atome Card Bakal Dilancar Di Malaysia - Ini Kelebihan & Cara Sertai 'Waitlist'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY