Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
17 Jam Diperlukan Untuk Skrin iPhone X Mengalami Imej ‘Lekat’

17 Jam Diperlukan Untuk Skrin iPhone X Mengalami Imej ‘Lekat’

Diterbitkan Januari 8, 2018 ยท Dikemas kini Januari 8, 2018 oleh Wiser MY

Laman sesawang teknologi Korea Selatan, Cetizen telah menguji beberapa skrin paparan OLED dari pelbagai peranti telefon pintar seperti Apple iPhone X, Samsung Galaxy Note 8, Galaxy S7 Edge untuk 510 jam secara keseluruhannya.

Ujian ini diadakan bagi menguji sejauh mana skrin OLED dapat bertahan sebelum menunjukkan tanda-tanda imej ‘terlekat’ di skrin. Ujian ini dilakukan dengan membuka satu imej dan tetapan skrin diletakkan dalam keadaan sentiasa terpasang dan dengan kadar kecerahan pada tahap paling tinggi.

iPhone X menunjukkan tanda-tanda kecil pembakaran pada jam ke-17 namun tidak seteruk tanda-tanda yang ditunjukkan oleh dua peranti Samsung lain kerana pada jam ke-62, imej yang terlekat di skrin pada peranti Samsung Galaxy Note 8 lebih jelas kelihatan berbanding iPhone X.

Pada akhir ujian, ketiga-tiga peranti jelas memperlihatkan imej yang ‘terlekat’ dengan Samsung Galaxy Note 8 di kedudukan tempat pertama.

 

17 Jam Diperlukan Untuk Skrin iPhone X Mengalami Imej ‘Lekat’
Dari atas: Samsung Galaxy S7 Edge Apple iPhone X Samsung Galaxy Note 8 Gambar dari Cetizen

Panel OLED yang berada di dalam peranti telefon pintar tidak sama dengan panel OLED yang terdapat di dalam televisyen. Masalah imej ‘terlekat’ di dalam televisyen selalunya dapat diselesaikan melalui perisian televisyen itu sendiri. Tidak dipastikan mengapa perisian tersebut tidak disertakan sekali untuk panel di dalam telefon pintar.

Kesimpulannya, panel OLED yang dihasilkan oleh Samsung masih lagi dalam kategori terbaik dan hanya menunjukkan masalah apabila digunakan untuk tempoh yang ekstrim.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY