Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XiaomI HyperOS

15 Peranti Xiaomi Ini Mula Terima Kemas Kini April 2025

Diterbitkan April 21, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi mula menawarkan kemas kini terbaru kepada barisan peranti mereka dengan mengeluarkan kemas kini keselamatan HyperOS bagi April 2025.

Kemas kini ini menangani beberapa isu kritikal dan meningkatkan kestabilan sistem untuk pelbagai model termasuk Redmi, POCO dan telefon andalan Xiaomi.

Berikut adalah senarai peranti yang sudah mula menerimanya:

  • Xiaomi 14
  • Xiaomi 14 Pro
  • Xiaomi 13 Ultra
  • Xiaomi 12T Pro/Redmi K50 Ultra
  • Xiaomi 12S
  • Redmi Note 14 4G
  • Redmi Note 12 Pro
  • Redmi Note 12 Pro+
  • Redmi Note 12 Discovery
  • POCO X5 5G
  • POCO F7 Pro/REDMI K80
  • POCO F6 Pro/Redmi K70

Kandungan utama keselamatan April 2025 ini termasuk beberapa pembetulan utama yang memperbaiki kelemahan sistem pengendalian kritikal dan isu pengurusan memori keselamatan yang dipertingkatkan daripada aplikasi berniat jahat, protokol keselamatan rangkaian yang dipertingkatkan serta menyelesaikan beberapa isu keselamatan khusus HyperOS.

Kemas kini ini diedarkan secara berperingkat, dan akan mengambil masa antara 2 hingga 3 minggu untuk ditawarkan kepada semua pengguna.

Anda boleh semak sendiri terus dari peranti anda sama ada sudah menerima atau belum kemas kini ini di bahagian Settings > System update > Check for updates.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Ucap "Terima Kasih" Dan 'Tolong" Pada ChatGPT Rupanya Membazirkan Jutaan Dolar
  • HONOR 400 Lite Hadir Bulan Ini, Ada Butang Baharu Mirip iPhone

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY