Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 400 lite

HONOR 400 Lite Hadir Bulan Ini, Ada Butang Baharu Mirip iPhone

Diterbitkan April 21, 2025 ยท Dikemas kini April 21, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR kini mengumumkan bahawa HONOR 400 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 25 April 2025, menjadi model pertama dalam siri HONOR 400 yang memasuki pasaran tempatan.

HONOR 400 Lite ini digelar “budget iPhone killer” kerana dikatakan menawarkan ciri premium setanding iPhone pada harga lebih mesra poket.

HONOR 400 lite

Ia hadir dengan butang khas ‘AI Button’ yang mirip fungsi kamera iPhone 16, tetapi dengan pelbagai fungsi tambahan termasuk kawalan kamera lebih mudah, carian visual dengan Google Lens, bantuan menyelesaikan tugasan sekolah secara automatik, serta penterjemahan masa nyata hanya dengan satu klik.

HONOR 400 lite

Selain itu, HONOR 400 Lite turut dilengkapi integrasi Google Gemini yang boleh diakses dengan menekan lama pada butang kuasa, memberikan pengguna akses pantas kepada pembantu pintar untuk membantu dalam pelbagai tugas harian seperti menghantar emel, merancang percutian, atau mencipta idea kreatif.

Telefon ini turut menampilkan fungsi tambahan seperti AI Eraser dan AI Outpainting untuk suntingan gambar, Face-to-Face Translate untuk komunikasi bahasa asing secara langsung, Magic Portal, serta Google Circle to Search.

Berkaitan

  • HONOR Mungkin 'Skip' Telefon Lipat Magic V4
  • Magic Portal HONOR Magic7 Pro Kini Sokong Dua Aplikasi Popular Malaysia
  • HONOR Power Dilancarkan Dengan Bateri 8,000mAh, Snapdragon 7 Gen 3
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY