Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIUI 11 Akan Dilepaskan Secara Berperingkat Bermula Pertengahan Oktober 2019

11 Pembaharuan Yang Bakal Dibawa MIUI 11 Kepada Peranti Anda

Diterbitkan Oktober 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sedia mengumumkan tarikh penawaran MIUI 11 untuk pengguna global pada minggu lalu, kemaskini MIUI 11 membuatkan pemilik peranti Xiaomi semakin tidak sabar untuk mendapatkannya. Penawaran bakal dimulakan untuk pengguna di India terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada pasaran global yang lain.

Untuk anda yang menunggu kehadiran sistem terbaru Xiaomi ini, berikut ciri yang bakal dibawa oleh MIUI 11.

1. Rekaan yang ringkas dan kemas

MIUI 11 UI
imej; Beebom

Melalui MIUI 11, antaramuka didatangkan dengan rekaan lebih ringkas dengan ikon baru serta animasi yang lebih lancar, pantas serta konsisten untuk keseluruhan sistem.

Xiaomi juga telah menyatakan yang mana MIUI 11 dibangunkan untuk memberikan pengalaman lebih baik pada peranti dengan paparan penuh.

2. Ubah suai paparan ambien

Ciri Alwayas-on-display sedia ditawarkan pada model dalam siri MI 9T dan beberapa model yang lain. Bagi sistem terbaru ini, Xiaomi menyediakan lebih banyak ubah suai untuk pengguna seperti jam animasi, latarbelakang dengan lebih warna pilihan serta petikan ayat yang direka sendiri oleh pengguna.

ambient display
imej; Beebom

Bagi pengguna yang mementingkan penjimatan bateri, terdapat ciri Notification light up yang mana sebahagian penjuru paparan akan menyala sekiranya notifikasi diterima masuk dalam peranti.

3. Mod gelap

Sekiranya peranti disenaraikan untuk MIUI 11 berasaskan Android 10, mod gelap boleh dijalankan padanya. Melalui ciri Global Dark Mode, fungsinya sama seperti yang ditawarkan pada peranti Android asli yang mempunyai pilihan ciri override dark mode, terletak pada Developer Options.

dark mode
imej; Beebom

Mod gelap boleh digunakan untuk aplikasi lebih meluas seperti Telegram dan Security yang tersedia dipasang pada peranti Xiaomi.

4. Mimoji 

11 Pembaharuan Yang Bakal Dibawa MIUI 11 Kepada Peranti Anda
imej; Beebom

Jika sebelum ini ciri Mimoji perlu dipasang melalui aplikasi berasingan, tetapi tidak pada MIUI 11. Ini kerana Xiaomi sudah menyiapkan aplikasi kamera dengan Mimoji dan ia menyokong pergerakan kepala, pengesanan gerakan mulut dan beberapa ekspresi muka.

 

5. Kalkulator yang baru

11 Pembaharuan Yang Bakal Dibawa MIUI 11 Kepada Peranti Anda
imej; Beebom

Kita tidak terkejut jika bertanya kepada pengguna Xiaomi tentang aplikasi yang mereka sukai, pasti akan ada yang menyebut kalkulator. Menambahbaik ciri sedia, aplikasi kalkulator kini diberikan kebolehan terapung, memudahkan pengguna membuat pengiraan tanpa perlu bertukar-tukar paparan.

7. Menjejak kecergasan

Hampir mirip seperti Google Fit, ciri penjejak kecergasan terbina pada MIUI 11 menawarkan paparan kiraan langkah kaki yang dilakukan pengguna. Ia adalah hasil daripada penggunaan sensor meter pecut (accelerometer) pada peranti serta corak jalan yang seterusnya akan menentukan jumlah kiraan.

11 Pembaharuan Yang Bakal Dibawa MIUI 11 Kepada Peranti Anda
imej; Beebom

Bagi pengguna wanita pula, ia dihadirkan dengan penjejak kitaran haid yang tersedia pada aplikasi Calendar, sekaligus memudahkan mereka memantaunya.

9. Kesan bunyi dinamik

Antara kemaskini yang dibawakan pada MIUI 11 adalah sejumlah kesan bunyi dinamik yang akan dimainkan bergantung kepada masa dan mood. Seperti contoh, jika diawal pagi, nada dering Sunrise akan dimainkan,  apabila menjelang malam pula nada dering Sunset dan lain-lain lagi.

Dynamic Sound
imej; Beebom

Dikatakan juga, MIUI 11 mampu membezakan nada dering untuk panggilan daripada perkhidmatan teksi atau penghantaran makanan.

10. Mi Share

Salah satu ciri yang bakal memudahkan pengguna dalam membuat pemindahan dokumen adalah Mi Share. Diibaratkan sebagai AirDrop untuk Android yang mana penghantaran dibuat dengan pantas tanpa sebarang proses padanan.

Mi share
imej; Beebom

Sebahagian dairpada anda mungkin telah maklum dengan kerjasama antara tiga pengeluar dalam membangunkan ciri pemindahan data ini iaitu Xiaomi, Vivo dan OPPO. Difahamkan, pengguna boleh dibuat pada kadar 82MBps.

11. File Manager ditambahbaik

Selain menyediakan imej kecil (thumbnail) untuk setiap format dokumen, pengguna juga akan berupaya membuka PDF, DOCX dan fail Office yang lain tanpa perlu menggunakan aplikasi berasingan. Akses dokumen ini disokong oleh WPS Office.

File Manager
imej; Beebom

Ini hanyalah sebahagian penambahbaikan ciri dan fungsi yang bakall terkandung dalam kemaskini naik taraf kepada MIUI 11 dan untuk informasi lebih lanjut, sama-sama kita nantikan penawaran versi stabil tiba terlebih dahulu.

Sumber: Beebom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY