Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang September 2018 Mengikut Antutu

10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang September 2018 Mengikut Antutu

Diterbitkan Oktober 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Seperti kebiasaan, Antutu, platform penanda aras peranti mudah alih akan berkongsikan laporan bulanan mengenai telefon pintar berprestasi terbaik.

Nampaknya, peranti gaming sekali lagi mengetuai senarai ini dimana Asus ROG Phone menduduki tangga pertama dan Xiaomi Black Shark pula turun ke tangga kedua.

10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang September 2018 Mengikut Antutu
Carta berdasarkan mata purata yang dikutip dari sekurang-kurangnya 1000 unit telefon pintar yang diuji melalui Antutu Benchmark V7.

Senarai ini tidaklah mengejutkan langsung kerana, semua sudah maklum ROG Phone dipasang dengan cip Snapdragon 845 yang ditingkatkan kelajuannya sehinga 2.96GHz berbanding kelajuan asal pada 2.8GHz.

Tangga ketiga pula dihuni oleh OnePlus 6, dituruti oleh Vivo Nex S, Mi 8, OPPO Find X, Samsung Galaxy Note 9, Asus Zenfone 5Z, Mi Mix 2S dan terakhir sekali adalah Pocophone F1.

Jika diteliti, carta ini didominasi oleh peranti yang dipersenjatakan dengan cip Snapdragon 845. Pastinya carta akan datang akan lebih menarik kerana Kirin 980 sudah diperkenalkan melalui siri Mate 20 keluaran Huawei.

Sumber: Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY