Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Machines warehouse clearance

Machines Adakan Jualan Gudang Selama Tiga Hari

Diterbitkan Jun 19, 2024 · Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh Amalina Athman

Machines mengumumkan ‘Warehouse Clearance’ atau jualan penghabisan gudang besar-besaran akan diadakan selama tiga hari berturut-turut.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Menurut Machines, jualan gudang itu akan diadakan di Starling Mall bermula 21-23 Jun 2024, 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bagaimanapun, hari pertama (21 Jun 2024) hanya akan dibuka kepada ahli Machines+ sahaja, manakala dua hari berikutnya (22-23 Jun 2024) akan dibuka kepada umum.

Machines Adakan Jualan Gudang Selama Tiga Hari

Perlu diingatkan, semua item yang dijual pada Jualan Gudang Machines 2024 adalah atas dasar “AS IS”. Pihak Machines tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang ketidaksempurnaan kosmetik, aksesori yang tidak lengkap atau hilang (jika berkenaan), dan sebarang syarat lain yang terdapat pada item yang dijual.

Selain itu, semua item demo dan dibuka pada jualan tersebut tidak mempunyai jaminan sama ada dari segi perisian mahupun perkakasan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut atau kemas kini stok yang tersedia, layari laman rasmi Machines Warehouse Clearance.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY