10 Bandar Berteknologi Tinggi Di Dunia

Dari masa ke masa teknologi silih berganti tanpa mengira tempat. Pelbagai syarikat dan produk teknologi keluar bersaing sesama sendiri dan sudah pasti kawasan disekitar menerima tempias hasil dari persaingan itu.

Apakah kayu pengukur bagi kemajuan dan kecanggihan sesebuah bandar?

Adakah dari banyaknya ibu pejabat syarikat pengeluar peranti elektronik?

Adakah dari jumlah institusi pendidikan berasaskan teknologi?

Adakah dari infrastruktur pengangkutan dan kemudahan awam?

Memetik laporan dari laman Tech Insider, terdapat beberapa buah bandar telah dikenal pasti sebagai bandar yang mempunyai teknologi canggih di dunia.

Kajian telah dilakukan laman berkenaan bersama-sama 2thinknow, sebuah firma penyelidikan yang pakar dalam menilai kecanggihan sesebuah bandar.

Berikut merupakan 10 buah bandar berteknolologi tinggi di dunia.

10. Amsterdam (Belanda)



Antara bandar utama di Eropah dengan kombinasi teknologi kewangan, kecekapan tenaga, dan budaya memulakan syarikat startup.

Bulan April yang lalu, penggubal undang-undang tempatan mengumumkan cadangan untuk menyekat penggunaan kenderaan petrol dan diesel bermula pada tahun 2025. Ini adalah untuk memberi ruang kepada kenderaan elektrik.

9. Singapura



Anda terkejut? Ya, negara jiran kita berada di tangga ke 9 sebagai bandar teknologi tinggi. Walaupun kecil, negara pulau ini mempunyai jumlah pengaturcara dan pelabur yang ramai.

Selain itu, pelbagai infrastruktur baru yang dilengkapi dengan teknologi canggih diperkenalkan sebagai contoh hutan yang dibangunkan di dalam sebuah pangsapuri. Membangunkan teknologi disamping mengekalkan kehijaun.

Kerjasama bersama MIT akan memperlihatkan kemudahan awam negara itu dinaiktaraf bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

8. Toronto (Kanada)



Sebanyak 30% firma teknologi Kanada berada di bandar ini. Selain itu Pusat Inovasi Cisco turut terletak disini dan ia menawarkan perjalanan digital bagi meningkatkan ekonomi industri penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, dan inovasi bandar.

7. Taipei (Taiwan)



Menurut kaji selidik 2thinknow, bandari Taipei maju dari segi industri rekabentuk. Bandar ini mementingkan pembangunan peralatan lebih daripada perisian.

Merupakan pangkalan bagi syarikat gergasi seperti

  • Asus

  • MSI

  • Gigabyte

  • Acer


6. Boston, Massachusetts (Amerika Syarikat)



Mempunyai institusi pendidikan yang terkenal dalam bidang bioteknologi, dan robotik seperti:

  • MIT

  • Universiti Harvard

  • Universiti Tufts

  • Universiti Norteastern


Syarikat besar seperti Facebook dan Amazon turut membina pusat kajiselidik di bandar ini.

5. Los Angeles (Amerika Syarikat)



Jika disebut Los Angeles, pasti kita terfikir tentang industri perfileman yang galak membangun.

Berdasarkan laporan oleh LA County Economic Developement Corporation pada tahun 2014, ia menyatakan bahawa LA menawarkan peluang pekerjaan bagi sektor teknologi tinggi terbanyak di Amerika Syarikat.

Syarikat startup dan juga pelabur yang memain peranan dalam ledakan sektor teknologi di bandar itu.

4. Seoul (Korea Selatan)



Diberi jolokan sebagai "Bandar Masa Hadapan". Berdasarkan kajiselidik 2thinknow, Seoul telah memfailkan paten lebih banyak berbanding mana-mana bandar di dunia.

Pelbagi teknologi canggih berjaya dibangunkan dibandar KPOP ini, dan antara yang terbaru adalah WiFi berkelajuan tinggi.

3. New York (Amerika Syarikat)



Bandar kedua paling sibuk di dunia ini menempatkan hampir 7000 syarikat teknologi tinggi yang menawarkan lebih dari 100,000 peluang pekerjaan  pada suku ke-3 tahun 2013.

Tahun lalu, bandar ini memperkenalkan perkhidmatan WiFi percuma dikenali sebagai LinkNYC khas untuk kegunaan awam.

2. London (England)



Pada tahun 2018, bandar London bakal hadir dengan 10 laluan tren baru yang menyambungkan antara 3o buah stesen sedia ada dengan terowong yang baru dibina. Projek Crossrail itu merupakan projek pembinaan terbesar di Eropah dan menelan belanja hampir $20 bilion.

2thinknow berpendapat bahawa London mempunyai jumlah syarikat startup dan pengaturcara paling banyak di dunia. Dijangkakan lebih 11000 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi akan ditawarkan 10 tahun lagi.

1. San Francisco, California (Amerika Syarikat)



Terkenal dengan Silicon Valley yang boleh diibaratkan sebagai "lombong emas" dalam sektor teknologi.

Antara syarikat-syarikat teknologi yang berpengkalan disini adalah:

  • Adobe Systems

  • Apple

  • Cisco

  • eBay

  • Google

  • Hewlett Packard


Menjadi penanda aras bagi bandar-bandar teknologi seluruh dunia.

Sumber: Business Insider

Berkaitan