Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Teknologi China Naikkan Semangat Kerja Pengaturcara Dengan Ketua Sorak

Syarikat Teknologi China Naikkan Semangat Kerja Pengaturcara Dengan Ketua Sorak

Diterbitkan Julai 9, 2017 · Dikemas kini Julai 9, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika anda lihat kepada syarikat-syarikat gergasi teknologi dari barat, mereka sering kali memberi ganjaran yang menarik kepada pekerja supaya sentiasa bersemangat melakukan pekerjaan.

Antara faedah dan ganjaran yang selalu ditawarkan adalah

  • Gaji yang tinggi
  • Pemberian bonus
  • Cuti bersalin dalam tempoh yang lebih lama
  • dan pelbagai lagi

Lain pula di cerita di Tanah Besar China.

Pada tahun 2015 yang lepas, syarikat teknologi disana memperkenalkan cara baru bagi menaikkan semangat para pekerja, kebanyakkannya terdiri daripada pengaturcara lelaki yang tidak pandai bersosial.

Menurut jabatan sumber manusia di sebuah syarikat internet di China, 3 orang wanita telah diambil untuk menjadi programmer cheerleader bagi

  • meningkatkan suasana harmoni,
  • memberi sokongan kepada pengaturcara
  • memastikan pengaturcara bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Apakah tugasan ketua sorak pengaturcara ini?

Terdapat 3 tugasan utama yang perlu dilaksanakan ketua sorak:

1. Belikan sarapan supaya pengaturcara memulakan kerja dengan bertenaga

Syarikat Teknologi China Naikkan Semangat Kerja Pengaturcara Dengan Ketua Sorak

2. Berkomunikasi dengan pengaturcara supaya mereka lebih ceria melakukan pekerjaan

Syarikat Teknologi China Naikkan Semangat Kerja Pengaturcara Dengan Ketua Sorak

3. Bermain ping-pong bersama pengaturcara

Syarikat Teknologi China Naikkan Semangat Kerja Pengaturcara Dengan Ketua Sorak

Pelbagai maklum balas diterima mengenai pendekatan ini.

Ada yang menyokong, ada yang mengkritik hebat, dan ada juga yang memberikan idea supaya syarikat mengambil lebih ramai pengaturcara wanita.

Nampaknya menjadi ketua sorak kepada pengaturcara lebih sukar daripada menjadi pengaturcara itu sendiri.

Sumber: CBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY