Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forbes: Samsung Adalah Majikan Terbaik Dunia Bagi Tahun 2020

Forbes: Samsung Adalah Majikan Terbaik Dunia Bagi Tahun 2020

Diterbitkan Oktober 16, 2020 oleh Helmi Samsuri

Menerusi kerjasama dengan firma penyelidikan pasaran Statista, majalah Forbes baru-baru ini telah mengeluarkan senarai Majikan Terbaik Dunia bagi tahun 2020.

Melaluinya, tinjauan telah dibuat membabitkan 160,000 pekerja sepenuh masa dan sambilan dari 58 buah negara dan dijalankan dari bulan Jun hingga Julai yang lalu.

Menghimpunkan 750 buah syarikat multinasional, gergasi teknologi dari Korea Selatan, Samsung, telah berjaya mendahului senarai tersebut. Beberapa pihak menyifatkan ia sebagai sebuah pencapaian yang baik dikala dunia masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

Berada di tangga kedua pula adalah Amazon dari industri runcit dan borong, manakala dibawahnya adalah IBM. Syarikat lain seperti Apple pula berada di kedudukan keenam, Huawei ke-14, dan Xiaomi di tangga ke-515. Syarikat dari Malaysia juga turut tersenarai iaitu Gamuda Berhad (44), Petronas Chemicals (459), Maybank (472) dan IHH Healthcare (533).

Bagi senarai penuh Forbes: Majikan Terbaik Dunia 2020 anda boleh lawati pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY