Korea Selatan Giat Membangunkan Sambungan 'Super-Fast WiFi'

Korea Selatan merupakan antara negara yang mempunyai sambungan WiFi paling laju di dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kemudahan WiFi boleh diibaratkan sebagai kemestian lebih lebih lagi di negara maju seperti Korea Selatan.

Disebabkan itu, keperluan untuk sambungan WiFi yang pantas perlu diwujudkan bagi kesenangan awam.

Memetik berita daripada portal akbar, The Korea Times, sebuah institusi pendidikan di negara itu telah berjaya membangunkan teknologi rangkaian WiFi yang berkelajuan tinggi.



Electronics and Telecommunications Research Institute (ETRI) telah mengumumkan kejayaan membangunkan sebuah projek yang dinamakan sebagai Mobile Hotspot Network (MHN).

Teknologi WiFi berkelajuan tinggi itu dikatakan mampu menghantar data pada kelajuan maksimum 1.25 gigabits per saat (Gbps) atau 30 kali lebih laju jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada.

Institut berkenaan turut menjelaskan, MHN berupaya menampung seramai 550 orang pengguna (sebelum ini hanya 20 orang sahaja) di dalam sebuah tren dan dalam masa yang sama, kesemua pengguna itu dapat menonton video secara strim.

Pembangunan MHN ini adalah seiring dengan percambahan perkhidmatan media lain seperti:

  • Kecerdasan buatan (AI)

  • Realiti tambahan (AR)

  • Realiti maya (VR)


Ia diharap dapat memastikan kemudahan diatas dapat diakses pengguna pada kadar yang pantas.

Bulan lalu melihatkan teknologi MHN turut dinamakan sebagai calon kepada teknologi rangkaian 5G. Ini bermaksud ia mungkin dijadikan standard diseluruh dunia.

Sumber: The Korea Times