Walaupun ia serangga yang kecil dan gigitannya tidak sesakit mana, tetapi wabak penyakit yang dibawa nyamuk boleh menyebabkan kematian.
Justeru itu, LG telah melancarkan telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi penghalau nyamuk. Model yang dikenali sebagai LG K7i ini mempunyai teknologi yang dipanggil sebagai Gelombang Bunyi, membuatkan nyamuk tidak akan menghampiri anda.
Frekuensi Ultrasonic pada tahap 30kHz akan dikeluarkan dan ia selamat pada manusia tetapi tidak pada serangga kecil seperti nyamuk.
Ia didatangkan dengan penutup belakang khas yang mempunyai rekaan seperti speaker, membolehkan gelombang itu dipancarkan. Terdapat juga tempat letak telefon supaya ia dapat diletakkan secara menegak.
Menurut LG, K7i bukanlah produk pertama yang dilengkapi dengan teknologi seumpama ini kerana pendingin hawa serta TV juga sudah ditawarkan dengan fungsi penghalau nyamuk.
Antara spesifikasi ringkasi telefon ini adalah...
- Skrin paparan 5 inci
- Kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP
- RAM 2GB, cip pemproses 4-Teras 1.1GHz
- Storan dalaman 16GB
- Bater 2500mAh
Buat masa ini ia ditawarkan dipasaran India yang mengalami masalah wabak penyakit malaria dan denggi bawaan nyamuk. Ia dijual pada harga 7990 Rupee (~RM517).
Sumber: LG
Berkaitan
- Overwatch Ditawarkan Percuma Sehingga 26 November Ini
- Pekerja Tesla Dikatakan Guna Pita Pelekat Elektrik Untuk Baiki Retak Ketika Pembuatan Model 3
- Vivo V17 Pro Enam Kamera Telah Diumumkan Rasmi, Dijual Pada Harga RM1699
- OPPO Reno Dan Reno 10x Zoom Edition Dilancarkan, Dilengkapi Dengan Kamera Pop-Up Unik
- OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom
- OPPO Failkan Tanda Dagang "Find Z", Membayangkan Pengganti Find X
- KTM Lancar Aplikasi MyRailTime, Mudahkan Pengguna Semak Jadual Perjalanan Tren
- Antutu Senaraikan 10 Peranti Berprestasi Terbaik Bagi November 2019
- Peminta Sedekah Di China Guna WeChat Pay
- Masalah Galaxy Fold Sudah Diatasi, Akan Dipasarkan Sekitar September Depan