
Mate X dimuatkan dengan cip pemprosesan Kirin 980 bersama-sama cip modem Balong 5000 disamping memori RAM 8 dan storan dalaman 512GB.
Ia menawarkan tiga saiz paparan berbeza pada sebuah peranti iaitu 6.6 inci pada bahagian hadapan, 6.38 inci pada bahagian belakang dan apabila dibuka, ia menghamparkan paparan bersaiz 8 inci.


Disisi peranti terdapat bahagian yang sedikit besar bagi menempatkan lensa kamera, butang kuasa yang disertakan dengan pengimbas cap jari. CEO Huawei menyatakan rekaan itu memudahkan pengguna memegang peranti dengan lebih selesa.


Menggunakan teknologi kamera terbaru dari Leica, syarikat itu masih belum mendedahkan jenis lensa yang bakal digunakan.

Bagi rakaman foto, skrin bahagian belakang akan memaparkan imej secara masa sebenar yang membolehkan individu melihat wajah mereka ketika dirakam pengguna Mate X.

Gabungan dua bateri dengan kapasiti 4500mAh digunakan untuk peranti ini, dan bagi untuk mengisinya, ia dibekalkan dengan pengecas 55W yang juga boleh digunakan untuk mengecas laptop.

Huawei menawarkan peranti ini dengan warna Interstellar Blue ia dinilaikan pada harga 2299 Euro (~RM10, 625) dan difahamkan akan mula dipasarkan sekitar Jun tahun ini.

Berkaitan
- Xiaomi Lancarkan Pam Mudah Alih MIJIA
- Gambarajah Struktur Dalaman iPhone X Tertiris
- Xiaomi Redmi Note 3 Terima Kemaskini Android Marshmallow
- Galaxy Z Flip, Telefon Lipat Terbaru Dari Samsung
- Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Diambil Menggunakan Huawei P30, Perlihatkan Kebolehan Super Zoom
- Honor 6X Kini Berharga Bawah RM1000
- Huawei Batalkan Pelancaran Mate 30 Pro Di Taiwan
- Xiaomi Mi Mix 3 Harga Bawah RM2500 Hadir Dipasaran Tempatan Januari Hadapan
- Huawei Nova 5z Dilancarkan Dengan Kirin 810
- Xiaomi Mi A1 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM899