Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ford Hasilkan Bahagian Pada Kereta Lumba Menggunakan Teknologi Pencetak 3D

Ford Hasilkan Bahagian Pada Kereta Lumba Menggunakan Teknologi Pencetak 3D

Diterbitkan Mac 6, 2017 ยท Dikemas kini Mac 6, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pasti anda pernah melihat video tentang rumah yang dibina menggunakan pencetak 3D yang banyak dikongsi di media sosial.

Tetapi bagaimana pula kalau bahagian kereta dicetak menggunakan pencetak 3D?

99-ford-stratasys-infinite-build-3d-printer

Terbaru, Ford pula dikatakan sedang mencuba untuk menghasilkan bahagian-bahagian pada kereta lumba menggunakan pencetak 3D.

Stratasys Infinite Build 3D merupakan sebuah mesin pencetak 3D yang telah dipasang di Pusat Kajian dan Inovasi Ford, terletak di Michigan.

Syarikat pengeluar kereta itu menyatakan bahawa pencetak 3D berkenaan mampu mencetak pelbagai bahagian pada kereta, termasuk yang bahagian yang bersaiz besar.

Buat masa sekarang, Ford masih lagi di peringkat ujian keberkesanan sama ada teknologi ini sesuai atau tidak untuk keluaran kereta masa hadapan.

Ford berpendapat bahawa pencetak 3D buat masa ini tidak mampu untuk menghasilkan bahagian kereta dalam jumlah yang banyak, tetapi mereka akan memfokuskan terhadap “low-volume part”.

“Low-volume part” yang dimaksudkan adalah seperti

  • Pancarongga pengambilan
  • Spoiler
  • Bahagian pada model prestasi istimewa
  • Bahagian khusus dibina untuk pelanggan
  • Bahagian kereta prototaip

Ford menambah, dengan adanya teknologi ini ia akan membantu mempercepatkan proses penghasilan bahagian kereta.

Jika dibandingkan dengan proses tradisional, teknologi 3D lebih pantas selain memerlukan kos yang rendah.

Sumber:Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY